13 December 2018

Family Day JPP @ ESCAPE Adventure & Water Theme Park #1

Assalamualaikum. Okay aku dah janji nak cerita pasal pengalaman pegi ESCAPE kan. Nak kata review pun bolehla. 

Ni kiranya Program JPP-- Family Day giteww. Dua hari satu malam. So, kami duduk Base Camp dia kat sana. Harga? Boleh tengok kat bawah ni ye. Lagi awal kau tempah, lagi murah yalls. Tapi murahnye pun boleh tahan la. Dah i malas nak cite pepanjang sangat pasal harga tiket hahaha. Boleh terus klik kat gambar kalau berminat.


Dua hari kan. Kami pergi weekend masa awal-awal start cuti haritu (24-25 November). Cuti sekolah dah mula weh harusla ramai manusia. Kau sampai 0930 pun dah beratur panjang. Herherher.

Tips: Pergi lah masa weekday tapi kalau kau 'budak sekolah' mcm aku memang takdenye weekday untuk kau :')))))))

Ok tkpe ekceli kalau ikut perancangan tentatif family day kami tu banyak la benda dalam tu cenggitu cenggini. To make it short, aku terus dekat game yang ada lah ye. (Game ke weii ah bolehla taktau nak panggil apa LOL) Eh sebelum tu citer sikit pasal Base Camp. Ha memang betul la kau tidur dalam khemah. Ye khemah yang kita pasang tu mcm gi perkhemahan tu haa itu lah dia. Memang betul-betul khemah ye. (Susah nak percaya sebab few times pegi kem tak tido dalam khemah so takleh terima hahahahahha ngekk) Tapi takyah risau ah, khemah tu dah siap terpasang semua kawasan bersih terjamin selesa selamat sejahtera semuanya lah. Add on dalam khemah ada tilam okay. Tilam angin tu la kau jangan nk expect tilam mcm dekat rumah pulak, nama pun camping halamakk. Tapi asal boleh tido tu jadi lah kn? (Boleh tidur ke sis uhukhuk rasa mcm terapung-apung terawangan sangat lahaii sebbaik satu malam je)

Okay back to games. First and foremost, aku tak pergi water park dia so tak dapat nak review keseronokan di sana ya. Aku just masuk jalan-jalan pusing-pusing pastu keluar balik. Ha nampak la berpuluh-puluh (ehh) slide dalam tu yang kau boleh main then kolam alah tipikal taman tema air la. Tapi slide dia kat sini lagi mencabaqq lah wei kalau tak tak baloi ah bayar memahal kan. Banyak la benda kau boleh main air kat dalam tu. Boleh gi cuba sendiri ya nanti. Sis tengok je la ahahahhahahaa. *kejap tengah cari gambar kalau boleh share.............................. //LOADING


Back to adventure park. Ha yang ni best baqhangg. Nak kata minat sangat sukan lasak extreme gini, idokle jugak. Masa wall climbing BIG dulu kecut perut gak. Tapi disebabkan, memang teringin ya ampun nak try flying fox. Rasa bersyukur sangat-sangat ada prog ni utk sesi kalini. Tenkiuu so much AMT, much love <3 Sebab kalau dak, bila tah nak sampai sendiri kat escape ni berapa kali dok rancang tapi tak jadi jadi hahahha. Teringin nak naik flying fox ni sejak sekolah rendah lagi kut sebab pernah g kem dekat kem PLKN pastu nampak la kan bendalah tu tapi takleh naik sbb apa tahh tak cukup masa ka gena padahai benda lain buat ja. Ye pernah buat aktiviti PLKN masa dok sekolah rendahh lagi okay. Power tak sis? Hahahaha kenangan siot time tu darjah lima wuwuwuw. Ok jap terkeluar topik pulak.

Ha. Masuk je kat kawasan adventure tu, hg akan jd mcm lost kejap tau. Banyakk gilaaaaaaaaa game best-best sampai taktau nak try yang mana. Add on pagi-pagi ramai orang, kira jenuh beratuq la kan. Biasa ah, standard tempat camtu. Takpa, kami, ( i used "kami" sbb we are in group, okay?) jalan dulu tengok apa yang ada. Ada few tempat yg mmg penuh org beratuq and ada yg takda org #sendu #eh. Haha takde la, biasa mmg akan ad game yg fav & game yg biasa-biasa orang pandang sebelah mata je kan? Rupanya ada lebih kurang 20 games kat bhgn adventure ni (ni sebab tengok maps, kalau tak taktau jugak wehh)

Then, disebabkan semua jenis teringin nak main flying fox ja kami pun gigih la mencari di mana tempatnya. Ya ampun di atas rimbunan celahan pokok, ye lah kan kalau tidak mana nak flying kan kalau buat kat bawah #eh. Memang kau kena gigih mendaki tangga la weh. Ni kira game pertama kami cuba. Mcm biasa menunggu tu normal. Then, to tell ya kalau kau bawak brg/beg/fon or wtv jangan risau ada loker kat situ boleh simpan. Dan jangan risau, kat mana mula, kat situ habis. Mcm kami semua be like nanti turun kat mana eh? Kalau tinggal brg pstu cmne? And so many more persoalan pelik-pelik. 

Tips: Stesen permulaan = stesen penamat/ Have fun playing!

Nak main flying fox ni berat kau kena 40 and above. Kalau tak cukup takleh. Maybe ringan sangat takut nanti sangkut? Hahahahaha part sangkut ni, yang berat pun sangkut wehh acano? Ha tergantung la ekau dekat situ hahahahahha pastu kena gelak. Ok tak sis gurau je. Part tergantung tu betul tapi kena gelak tu, pun betul tapi sikit je la. Lebih kepada kesian dan risau apa nak jadi kat orang tu. Huhuhu. Tapi takpe #lifesaviour #renjer #everywhere. Takdenye kau nak tergantung sampai ke sudah, orang lain pun nak naik gak kan? Takdenye nak panggil bomba penyelamat ke hape. Nanti ada la abang-abang tu dtg tarik so kau boleh gerak semula. And then you are safe dude! Hoho

Pastu, kau jangan risau, bab keselamatan mmg tiptop la. Kalau kau ikut je segala arahan/tatacara pemakaian harness apa benda bagai tu, in shaa Allah selamat je, yakin okay? Mula-mula mmg cuak tap dah habis tu eh kejap je tak puas kut hahaha (ni kalau aku la mmg tak rasa pun kau tengah melayang dengan bantuan tali giteww) Flying fox ni, ada dua ke tiga level entah. Siang dia buka sampai certain level je sumpah aku tak ingat level dua ke eh. And level ni ada 4 hentian? Entah nak bahasakan dia apa. Boleh la hentian pun kan, Ha platform #eh #yeke. Senang cite, kau berhenti 4 kali camtu la. Bukan straight terbang di udara ye. Tapi ada satu lagi level paling extreme yang buka ptg je and that's gonna be another story okay? #staytuned


Sebelum aku habiskan part 1 yang mana baru cerita pasal flying fox je. Nama game tu sebenarnya Flying Lemur. Kenapa lemur? Ha lemur tu sejenis haiwan ye. Kenapa letak lemur? Once again aku siap Google lagi.
Nah Wikipedia jawabkan;

The Philippine flying lemur or Philippine colugo (Cynocephalus volans), known locally as kagwang, is one of two species of colugo or "flying lemurs". It is monotypic of its genus. Although called a flying lemur, it cannot fly and is not a lemur. Instead, it glides as it leaps among trees.
The kagwang belong to the order Dermoptera that contains only two species, one of which is found in the Philippines, while the other, the Sunda flying lemur, is found in IndonesiaThailandMalaysia, and Singapore. Recent research from genetic analysis suggests two other species, the Bornean flying lemur and the Javan flying lemur, may exist as well, but they have yet to be officially classified.
Both species of Dermoptera are classified under the superorder Euarchonta, which includes treeshrews and primates as well as an extinct order of mammals, the Plesiadapiformes.[3]


Comel tak? Ahahahah #takdekaitan. Mudahnya mcm sugar glider la ni ye dok? Entahlaaaa kenapa nama game tu flying lemur, sebab taknak bagi common la kut selalu dah dengar flying fox keii? Cehh padahal at the end org sebut flying fox jugak ekauu. Lol

Okay. I'll stop here. Panjang sangat pulak kalau nak compress-kan pengalaman sehari ke dalam satu post. Sebab memang aku suka taip briefly (kononnnnnnnnnnye lah kan merepek je lebih hahaha) Anyway, stay tuned for part #2. 

P/s; Gambar tengah cari, aku tak banyak gambar sangat sbb ye la kita gi nak enjoy bukan nak bergambar sangat kan #eh #okbai. Nanti aku ambil la gambar member-member tepek kat sini bagi femes sikit kan? Haha