31 December 2015

Pengakhiran 2015.

Assalamualaikum. Wah mesti semua blogger tengah dah hapdate pasai nak tinggalkan two o one five and welcome 2016~! Normal lah. /aku pun macamtu kehkeh/ Aku tak sempat nak baca blog sorang sorang lagi. Sibuk ya amatt. Sibuk dengan apa taktau lah. 



Nah gambaq ihsan Google. Hihi. So kalau nak cerita pasai kisah 2015 dlm satu post ni mmg tk cukup lah kan? Banyak benda jadi dekat aku. Dari budak sekolah menjadi seorang pelajar yang bakal mmengajar. Eh? Dari budak sekolah yang takpernah duduk asrama except for pergi kem yang just tigahari duamalam je sampailah kena duduk asrama. Peh diri sendiri pun tak sangka sebenaqnya aku boleh ja survive duduk hostel hahaha. Dahla jauh pulak tu. Selang sebuah negeri ekauu. Jauh dahla bagi aku. Kuikui.

Apolagi eh? Hujung tahun ni jugak aku start blogging balik sementara cuti sem. Esok lusa dah masuk sem II ketahuan lah nak update celah mana taktau. Harini, tepat tengah malam td result sem I aku keluaq. So for the first time dapat result guna pointer ni /boleh tahan eksaited gakla nak tau/ Alhamdulillah result tak mengecewakan sangat. Haha. Nasib baik aku check awai jugak kalau tak sampai la ni system dok down lagi. Kesian kat sapa yang tkleh check lg result tu. Hewhew.

Saya, nurfatihah, owner blog yg tk seberapa ni nk minta maaf kalau ada terkasar bahasa dalam entry2 sebelum ni ka kalau ada sesiapa terasa hati ka apa. Sorry banyak2 eh. Apa org ckp, buang yang keruh ambil yang jernih. Lupakan hal semalam. 

Two o one five banyak mengajaq aku untuk jadi lebih dewasa. Moga aku dan semua orang lah akan lebih matang masuk 2016 ni. Dan untuk blogger yang nak ambil spm ke pt3 ke, akak doakan korang berjaya dapat apa yang korang target. And doakan akak dapat 4flat untuk sem II ni. Kihkih. Besides, utk kawankawan seperjuangan yang sepanjang sem ada kuiz ke lab report ke esaimen ke add on final exam, all the best for all of us! Fighting! Allah yuftah 'alaikum.  So, selamat menyambut tahun baru 2016. *ucap awai sikit takpa kot nohh? :D 

p/s; thankyou for those yg sudi follow blog ni *hugs. sat nk p followback eh! Bye.

29 December 2015

Jatuh; bangun semula.

Assalamualaikum dan selamat petang blogger-ians semua.
Tiga hari aku tak online. Peh sibuk bebenau. Hahaha tipu, bukan sibuk pun just malas nak on laptop. Muehehe. /kejap tengah cari topik nak bincang banyak sangat nak taip sampai kena pilih yang betul2 banyak idea nak dicurahkan je/

Okay tak tajuk ni? Keh-

Kenapa aku pilih tajuk ni? Sebab dua hari yang lepas aku baru je terjatuh katil auch, bukan masa tengah tidur eh tapi masa duduk atas tu, terduduk kt penjuru katil sgt then jatuh lah. LOL sakit dia takpayah cerita la tp watlek watpis je aku kan sado. Koh- Btw, jatuh kat sini tak semestinya dalam konteks maksud sebenar jatuh tu kay. Ada banyak maksud 'jatuh' ni. Contohnya, 'terjatuh' dalam pelajaran, terjatuh hati, terjatuh cinta, terjatuh tangga terjatuh dalam kehidupan and banyak lagi lah. 

In life, we do have some time yang mana kita rasa 'down' sbb sesuatu. That is also part of 'terjatuh' dalam kehidupan yknow. As for me, pengalaman aku sendiri untuk 'jatuh' dalam pelajaran ialah masa aku form2. The first time i got B for Math. Maybe bagi korang it was like nothing kan. Tapi bg aku yang boleh la dikatakan acahacah minat math dari darjah satu ni, result tu boleh buat gua terduduk tergamam lepastu nak jerit sampai dengaq habes satu blok. Kah over. Idokle tu baru math form2 kau masa tu dah takboleh nak hadam. Tak jumpa encik Addmath form4 lagi. Kahkah yang tu lagi lah rasa nak lari dari kelas kau tahu. 

Okay back to zaman form2 aku. Aku dapat result camtu atas kesalahan diri sendiri. Masa tu lah galak nak bercinta, upps 'terjatuh' cinta. Cinta anak monyet bak kata cikgu math aku sendiri. Then tu result tu kifarah dosa lah. Em *speechless sentap mengenangkan dosa lampau. Huhuhu. Okay back. Sebab result aku yang cmtu aku mula benci takfaham subjek math. Bawak sampai ke menengah atas. Habislah sebab kalau math pun takleh skor kau agak Addmath nak menolong ke? Keh-

So masa form4 result math aku masih teruk. Adddmath takpayah cakap. Normal ah kalau failed. Sampai la final exam form4 aku tekad study sungguhsungguh sbjek math sbb aku rasa down gilababi kut tengok result aku banding dengan kawankawan aku. Pehal aku takboleh nak skor padahal orang lain boleh en? Masa tu lah aku minta kawan aku yg terrer math ajaq aku petangpetang :") And finally i got my A's back for paper math utk that year. Huhu. Senanye nak cakap, senang je math tu. Janganla dk buat perangai huduh nak benci math lepastu tiap kali waktu math kau main /aduh aku tak buat waktu math tapi waktu addmath hahahaaahahha/

Jatuh ni ada banyak jenis jatuh kan. Yang aku cerita ni salahsatu yang pernah aku alami dalam hidup aku sendiri. Hidup orang lain, mana lah aku nak tahu kan? Anyway, jangan jadikan alasan kau jatuh tu untuk kau terus gagal forever.

Kesimpulan kat sini. There is time bilamana kau down ke jatuh sebab apapun, kau kena bangun semula! Jangan nak jatuh forever, jangan jadi loser okay? Kalau tak usaha memang apapun kita takkan dapat. Serious talk. Bangkit dengan usaha diri sendiri. Jangan nak pikir ada orang akan datang hulur tangan ajak kau bangun. Kalau ada, kau bertuah. Kalau tak? Kau nak tunggu sampai bila weh? Sebab tu kena bangun sendiri. 

That's all. Peace. Assalamualaikum! 

p/s: sorry sebab entry aku selalu panjang berjela huhuhu T.T aku bila dah start menulis peh kalau boleh takleh stop. Okbai.

26 December 2015

FIXI GIVEAWAY BY YAYA

Assalamualaikum dan selamat malam.

Sedang aku asyik berblog-jogging tadi /istilah baru/ keh. Aku terjumpa giveaway ni. So aku agak teruja dengan giveaway ni sebab hadiah dia novel Fixi hokay? #FOREVERNOVELLOVERS

OK taknak cakap banyak kang satgi tak sempat pulak nak update blog /hewhew/


Klik banner yang ohsem tu kalau korang nak join jugak. Syarat dia pun mudah je bruhh. Jadi, here blogger yang ohsem lagi lawa dan cantik yang kena tag dengan aku. Hehe ;3


Blogger yang aku tak tag tapi nak join, jangan segan silu korang semua dipersilakan untuk join jugak giveaway ni. /wah dah mcm promoter pulak/ Okay done. Bye.

Kawan--

Bismillah.

Dekat sehari semalam jugaklah aku dok terpikir kan nak membincangkan menyembang pasai tajuk ni kat blog aku. Ehem.

Naa kenapa aku pilih tajuk ni? Sebab saja saja. Terlihat gambar kawan kawan dekat dp wasep tkpun dekat wechat, kadang aku terdiam and terkenangkan kisah kami. /er drama apkah ini?/ haha Okay tak, ceni kan aku nampak gambaq depa and i was like "is this my friend that i used to know?" Sebab depa semua dah membesar dengan jayanya /lol/ meningkat dewasa dengan cantik dan segaknya sampai kelihatan flawless semuanya /hiperbola detected/ keh-

Tapi seyes ah tengok gambaq depa macam hm trpikir cena dulu aku boleh kawan ngan depa /sebab satu sekolah lah ngok/ er sebab la ni bila tengok gambaq depa /banyak kali aku ulang ayat ni/ aku macam peh tak caya cena aku boleh kawan dengan depa, ad yang kawanbaik taksangga ada yang just teguq cmtu ja tp still boleh masuk lah kan. Peh-

Ada orang cakap kalau nak tau sapa kawan kita, tengok siapa yang kita contact lagi selepas spm. Hm aku dah alami zaman selepas spm ni dan aku akui banyak yang boleh cakap lost contact. Entahlah even dengan perkembangan media sosial semasa yang mudah dan efisien ni tetap boleh lost contact. Bukan lost contact dlm erti sebenarnya. Dia ceni contact tu dok ada ja dalam phone cuma takda keberanian nk teguq macam dulu, macam masa duduk sekelas dulu. Yelah skrg semua orang dah bertebaran di muka bumi Allah yang luas ni. Yang mana aku sendiri taktau depa sambung course apa so dia jadi mcm nk hntaq chat stgi kut kacau org study ka ada kelas ka ap ka. Aku pun ada komitmen dengan kuliah aku jugak. That's how me lost connection with my friend. Ada lah dua tiga yang tau perkembangan semasa tu pun sebab depa aktif kat wechat fesbuk wasep. Yang tak aktif tu em krik krik senyap sunyi sampai kesudah taktau apa. Sedih kan? /mohon jangan tiru perangai ini/

Then aku nak bercerita tentang kawan ni. Ada yang rapat masa sekolah rendah, even my first time BFF, la ni jumpa pun macam "hai, ok sihat? bye" hah- Seyes nak oi. Bukan senang nak kekalkan suatu hubungan persahabatan tu. Sebab salah faham yang kecik pun satu persahabatan tu boleh musnah. Aku dah lalui sendiri. Kawan rapat masa sekolah rendah bila masuk sekolah menengah *smthg happens* terus tak bercakap sampai skrg kalau cakap pun  mcm soooo awkward yknow. Sedih tu takpayah cakap la, dia lah kawan mengaji dia lah kawan pi kelas tambahan petangpetang dia lah kawan yang dok mai lepak rumah aku waktu weekend, end up jadi kawan se-batch yang macam kau ada ke takde ke tak penting pun. Ada kawan sekolah rendah yang mana bila masuk sekolah menengah tak sama dengan kita takpun pi sekolah asrama. Allahu, Tuhan ja tau betapa rindunya nak lepak sembang macam dulu tapi hm payah dah nak jumpa kan sekarang? Honestly zaman sekolah rendah aku banyak benda yang membahagiakan hidup aku waktu tu :")

Lepastu ada kawankawan yang kenai kut fesbuk twitter blog bagai tapi takpernah jumpa, tp boleh jadi rapat sangat waktu tu tapi bila lamalama yeah kalau tak usaha nak kekalkan friendship sooner or later dia akan 'mati'. Skrg masih nampak depa kat laman sosial cuma tu lah perasaan segan tu dah menebal dalm diri aku, taktahu nak mula chat cemana balik and the most core reason is takut mengganggu diorang lah kan. Sebab skrg life masingmasing dah brbeza, tk mcm dulu masa sekolah. Hu-

Ada orang cakap lagi, true friend is not about someone that we know the longest but it's about ppl that comes and never leaves. Yeah ada betui jugak kan. Cuma berapa lama someone tu akan 'comes and never leaves' dari hidup kita? Mcm dulu, certain friendship bertahan waktu zaman sekolah ja. Bila masuk ipt ceni dh takda. And now, ada kawan baru dekat ipt *contohnya* and sampai bila nak bertahan? Tak semestinya selama-lamanya. Kena sedaq benda tu. Contohnya; skrg hg duduk dkt some place and get some friends and it will remain as friends selagi mana hg duduk di situ. Bila dah blah dari situ? Hm /tepuk dada tanya hati persahabatan ni atas niat apa/

Mcm pengalaman aku skrg, aku ada la duatiga kerat lagi kawan masa sekolah menengah yang masih stick together with me. Alhamdulillah, in sha Allah sahabat hingga syurga. Aku kalau boleh nak buat kawan dengan semua orang. Aku nak persahabatan tu last forever yknow. Cuma tu lah setiap orang hadir dalam hidup kita adalah hikmah yang Allah nak bagi kita rasa. Kadang, walau tak pernah cakap ataupun contact dah pun kalau masing-masing sedar kewujudan sahabat tu, doa lah. Sahabat yang baik akan sentiasa mendoakan kebaikan kepada sahabatnya walau tak berjumpa.

Aku sangat berterima kasih kepada semua orang yang pernah hadir dalam hidup aku sebagai kawan rakan dan sahabat aku. Hampa banyak ajaq aku macam-macam. Uhibbukum fillah abadan abada. Jazakumullahu khairan sahabat! 

Last but not least, quote dari aku sendiri.
Kawan tu takperlu contact harihari asalkan nanti jemput kenduri. Eh? Haha

Btw korang nak tahu tak definisi kawan dalam term aku sendiri? Kawan tu orang yang kau nak annoying-kan dia bila kau rasa annoying. So carilah kawan yang boleh di-annoying-kan. Muahaha xD /gelak cam raksasa dalam cite ultraman/ 


p/s: harini birthday tuan blog ni korang taknak wish ke? Hiks. Bye. :*

25 December 2015

9 Soalan from Sarah lalala.

Assalamualaikum.
Tajuk nak bahasa rojak je kan? Rosak bahasa dibuatnya kalau masuk blog ni. /hewhew/ Okay so aku perati lama dah sis adik boleh kita panggil awak adik tak? /usha blog dia kejap, okay boleh panggil adik sebab baru nak spm kan?/ Aku memang suka menjawab soalan-soalan cenggini sebab aku taktahu nak update apa sangat. Lagipun aku agak takde masa nak update, sehari sekali je mampu. I jeles tau dengan orang yang boleh hapdate blog sejam sekali ni /lol ade ke?/ And satu lagi ayat dia "*maaplaa ramai sangat, saje nak kenal korang." Allahu, touching sangat kayy. Aku pun taktahu part mana yang taching.  Keh-




Okay proceed.


1. Nama panggilan dalam blog. 
2.Currently studying or working? Kat mana? 
3. Paling minat dalam bidang apa 
4. Suka baca buku/novel genre apa? 
5. Paling selalu bukak blog pukul berapa dan hari apa? 
6. Describe yourself personalities. 
7. Dah berapa lama/tahun berblogging? 
8. Describe blog 'sarahlalala' dengan ownernya sekali. [sokayy, i want a sincerly from yur heart :)] 
9. Umur tahun 2015?
Bismillah.

Nama panggilan ni cane? Aku ni jenis payah sikit nak faham soalan so kalau tak menjawab dengan skema jawapan yang dikehendaki tu minta maaf lah ye. Nama panggilan, hm hm hmmmm fatihah kut. Selalu aku bahasakan diri aku , "aku" je. /sangat tak menjawab soalan/

Belajar dekat @sekolah ipgkpp. Cheh jawapan cam ape je. Sekolah sangat hahaha. But yeah i'm in a "school" lol. 

Minat bidang ape ni , ni bidang ape ni? Sebidang tanah ke? /k lawak hambar takjadi/ Bidang pelajaran eh? Currently in science stream. Stuck kat bidang ni for forever kut. HAHA. Minat bidang penulisan teringin nak jadi penulis tau sebab tu buat blog. Walaupun takboleh nak jadi penulis yang boleh terbitkan buku ke ape, boleh tulis blog pun dah rasa puas hati yang amat sangat. Hihi

Segala jenis genre boleh dibaca. Sebab hobi saya membaca. Tapi paling suka kalau dapat novel thriller kau! All time favorite. Tambahtambah lagi kalau novel Ramlee Awang Murshid. :D

Pukul berapa dan hari apa? Tak tentu. Sekarang ni boleh la tiaptiap hari buka blog nanti dah masuk sem dua kelaut ah. Harhar. Selalunya dalam tengahari ke petang camtu lah kut.

Describe myself? Macam maknenek kut sebab suka membebel sorangsorang dekat orang dekat blog dekat memana tempat yang boleh lah. Ekceli jenis yang takbanyak cakap sangat sebab taktahu nak cakap apa and sometimes "tak boleh nak masuk" dengan orang sangat. Akan banyak cakap bila dah ngam dengan orang. Apelagi eh. Tu je kut taktahu nak describe panjangpanjang. Ohye last but not least, seorang yang kuat makan. Haha

/Aku terskip satu soalan lol/
Okay aku berblogging since 2011. Tapi berhenti kejap masa 2013-2015. Ni baru aktif balik. Hihi

Describe blog and the owner. Blog awak cantik, kemas, simple, adorable /eh/ Senang nak baca tulisan pun just nice boleh dibaca untuk golongan yang rabun macam saya. /huhu/ Apo laie eh. The owner. Kerana nak menjawab soalan ni saya dah stalk sikit post lama-lama awak. I think you are an adorable person. Tak suka mekap eh? Sama lah kita. Being simple and original is just nice. Takpayah nak kejar dunia sangat /taktahu ada kaitan ke tak lol/ Btw, your name Maisarah just like one of my friend's name. And next year spm right? Gdluck. /org suruh describe aku p bagi ucapan lak err/

Umur tahun ni. Nak specific answer tak? Tujuhbelas tahun sebelas bulan dan duapuluh sembilan hari. Keh-

Terima kasih sebab tag saya. Bye nak taip post lain pulak tu pun kalau rajin lah eh. Lulz.

24 December 2015

Group wasep//

Assalamualaikum dan hai. 

Sejak dua menjak ni aku jarang online blog. Kan kan kan? Last entry aku bila? *check blog* /cheh kemarin ja pun tang mana jarang onlinenya? lulz/Tapi sehari sekali je aku post. Boleh kira jarang lah tu kenn. Sebab aku ni agak malas nak bukak laptop haha. Aku guna sehari sekali je lepastu battery low terus aku simpan diamdiam dalam laci. Sebab aku malas nak charge. Muahaha perangai apekah ini? 

Lepastu tadi aku check shoubox aku, ada blogger yang tag aku suruh jawab soalan, ajak join segmen lah, macam2 la eh. Thanks a lot korang~! *hugs* /lol tetiba sangat/ okay so kelmarin aku try nak letak gambar dekat sidebar tapi takjadi huhu nampak sangat skill coding aku dah hancus. Sedih sangat T.T Takpe aku jumpa je tutorial dia cuma aku nak edit tu failed, bila aku letak gambar je jadi besaq gedabak kat sidebar. Taklawa lah camtu kenn. /mcm la blog ni lawa sangat heh/ 

Okay tak masuk tajuk lagi. Aku sebenarnya failed dalam mencari tajuk yang sesuai untuk diletak setiap kali aku taip entry dalam blog ni. Tajuk tu sekadar selingan je kohkoh. Okay nak cerita lah jugak sikit pasal group wasep. Semua org tahu kan wasep tu ape? 
Wasep = WhatsApp = ws
 Suatu aplikasi perhubungan yang terhangat pada masa kini /lol dah kenapa aku macam nak promote bendalah ni pulak/ yang menjadi kemestian bagi setiap pemilik Smartphone. Keh. Korang rasa group wasep ni bermanfaat ke? Aku rasa half bermanfaat half lagi tak sebab merepek merapu mengaruts meroyan segala bagai. Aku ada dekat enambelas group wasep kau tahu? Okay maybe tak sebanyak korang kut. Tapi bagi aku enambelas tu dah cukup banyak sampai aku rasa nak left je tapi takboleh sebab group tu semua penting tapi kekadang rasa tak penting jugak. /eh/ hahaha sebab tajuk aku "group wasep" kan so aku nak cerita lah pasai "group wasep" aku muahaha. /blog tempat kita bercerita kan/

Group ws sekolah rendah aku ada satu tapi tak aktif pun eh macam nak left je tapi hem biar jela kat situ. Sebab langsung tak aktif weh hambar krik krik macam ape je. Sekolah menengah punya ada empat. Banyak kan? Lepastu add on lagi dua group bestfriend *hiks. Lepastu, masuk aipiji /baca IPG/ keh-- sini lagi banyak namatey. Masuk situ je ada sembilan group wasep. Kohkoh. Group rumets lah, kelas lah, batch lah, geng pmpuan je lah, usrah la, kelas dengan lecturer lah, group mentor-mentee lagi. Korang kira tengok, cukup enambelas kan? :") Hahahaha nama je banyak group tapi aku rileks je sehari ke dua hari tak on wasep tu sebab semua tak aktif pun. Ada lah satu dua aktif, tapi aku tk ambil port sangat. Hewhew. OK habes cerita group wasep.

Harini duapuluh empat disember bersamaan duabelas Rabiulawal. Birthday siapa? Hari lahir junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Belum terlambat kut nak ucap Salam Maulidur Rasul :)

Okay. Adios. Mood nak menaip terlari sekejap sebab anak sedara gua ganggu gua. Hek eh. Bye nak tengok drama Aku Pilih Kamu online kejap. Sebab nak download payah la pulak hem hem kbai. 


23 December 2015

Tagging question #again

Assalamualaikum. Ok pagi tadi aku jenguk shoutbox ada blogger tag aku suh jawab soalan ni. /suh = suruh, maaf lah penyegan sikit nak taip panjangpanjang harhar/ I was tagged by adik ni; neverland
Ok taknak merepek sangat so straight to the point, soalan soalannye ialah;
Favorite blog?
Apa pandangan awak tentang blog sab?
Selalu active blog pukul berapa? 
Ambil aliran/kos apa? 
Describe yourself? 
What the last thing you bought? 
What is your middle name? 
When was the last time you cried? 
Are you in relationship? 
Have you ever been out of the country, if so how many times?
Banyak nau soalan dia tanya. Hahaha tapi disebabkan aku ni sangatlah baik hati + rajin + aku suka menjawab soalan, jadi aku buatlah post ini, yedokk? /macam nak sekeh kepala sendiri guna penyodok sat hewhew/

Ok favorite blog. Sapa eh? Jawab diri sendiri punya blog aci dak. Kahkah xD K joke. Banyak tapi dulu la, la ni tak menyempat dah eh nak jadikan favorite blog. Kohkoh. Antaranya, Maria Elena, Irine Nadia, Cik Epal, Fatin Liyana. Semua ni blogger-femes korang semua mesti kenal kan? Kemain kau nak jadi favorite blog semua femes je. Keh- Tbh, aku dah takda favorite blog bagai la ni semua blogger yang singgah kat chatbox tu aku baca je. ^^~

Pandangan. Heh soalan kbat ni. Bagus dik biasakan diri dengan soalan berunsurkan kbat ni /tetiba sangat/ Blog awak cantik je, comel macam tuan dia, eh (?) haha tersusun sedap mata memandang sistematik lagi apa lagi jawapan cliche akak nak bagi eh. Just nice. Pandai awak edit blog.

Aktif tu. Selalu eh? Waktu yang paling selalu tengahari ke petang macamtu lah. Huhu

Ambil aliran apa. Masa sekolah dulu sains tulen + agama. Ehem, macam mana tu? Haha. Sekarang further study pun masih science stream sebab saya suka subjek bio! #foreverBIOdihatiku. Haha over je kan minah ni?

Describe myself. Peh the ever-hardest question pernah orang tanya dekat aku. Nak describe macam mana eh. Petah menaip di blogger dan seantero alam maya. Tapi pemalu kalau jumpa depan-depan /kakaka pemalu sangat/ ehem kalau dengan orang yang baru first time kenal pastu first time jumpa memang aku diam ah. Tapi kalau dengan kengkawan rapat, then you will see my other side. Keh- lagi, sedang mencuba untuk menjadi someone yang ceria duaplohpat jam plus sentiasa ingin sebarkan positive vibes kepada semua orang. Kemainn~

Last thing you bought ni cane, benda yang special ke berharga ke bermakna ke random things je? Sebab tadi baru je balik dari pergi beli barang so agak banyak lah benda yang dibeli. Tapi kalau last thing yang betulbetul last sekali beli, ink printer ah. Huahua

Middle name ni cemane? Orang yang banyak nama boleh kut ada middle name bagai. Nama aku dua patah je. Em. Fa <-- can be accepted as middle name tak? Lol

Last time aku nangis. Bila eh. Agak lama jugak lah sampai aku tak ingat. Heh. Kejap nak research balik memory dalam otak ni. Hemmm, maybe masa bulan sebelas haritu. Nak tahu sebab apa tak? Taknak tahu pun aku nak cakap jugak. Sebab aku tengok movie; Miracle in Cell No.7 - cita korea. Siapa pernah tengok tak nangis tu tipu lah. Sedih sangat weh. TT-TT

Was in a relay. Past few years ago. 

Out of the country ni, negara la eh? Peh dahsyatnye kalau selalu keluar negara. Dan bestnya kalau boleh ke luar negara. Sebab aku takpernah lagi ke luar negara. Siam pernah kut tah tak ingat masa tu sekolah rendah lagi. Lepastu never. Hu

Done jawab sepuluh soalan! Hurray~! 


/tak lengkaplah entry aku kalau takda gambar. motif? aku buka hard disk then jumpa gambaq depa ni. RINDU/ 

22 December 2015

Random post.

Assalamualaikum.

Yeah. Just a random and merepeks post maybe. Tadi aku jengah shoutbox ada orang tag aku join segmen. Rupanya hadek ni yang tag, hadek lah kan? Sebab aku rasa dia ada komen dekat entry aku panggil aku akak. Ahahahahahahahahahah sudah menyampah pulak dengan diri sendiri sebab bajet akak kat sini >//< LOL. Korang tekan lah link ke blog dia tu, background music blog dia such addicted yknow. Aku bukan nk buat review ke hape, just saja nak share hobi baru yakni mendengar lagu di blog orang. Hahah tadi masa aku nampak dia dekat shoutbox pun aku dah sesenyum sebab aku tahu kalau aku masuk blog dia mesti aku dapat dengar lagu cecomel tu. Suka sangaaaaaat *O* 

Oh yea berbalik kepada segmen tadi. Hiks even aku tengah cuti sekarang so masa lapang aku tersangat lah banyak tapi aku tetap tak berapa rajin nak join. /Bahasa mudahnya kemalasan tahap nakmampus okbye./ Hahahah sorry adik. Anyway thanks sekali lagi sebab tag akak. 

Aku tengok lately banyak blogger buat contest giveaway segmen bagai. Goodluck lah eh untuk korang! Aku tengok mood jugak kalau nak join tu. Bukan apa, bila part nak kena follow blog yang takde GOOGLE FRIEND CONNECT tu aku jadi macam em serba salah pulak sebab aku takboleh nak follow beliau. Sebab aku dah follow melampaui batas lol over joke k. Tak sebenarnya sebabnya ialah, baca sini lah >link<. Lama dah aku menghadapi masalah ni lol see that entry, past two years ago. Kahkah



Okay apa lagi aku nak mengarut. Dah nama pun random post kan. Harini birthday junior aku. Kelmarin birthday my long lost bestfriend cheh over je kau. Tak, birthday kawan baik pertama aku :') but now kitorang dah takde term kawan baik tu. Em it's okay it just a term yknow. Tetap kawan. Esok birthday hakak aku. Lusa birthday kawan aku lagi. Lusa jugak, 24 Disember; Hari Maulidur Rasul. Jangan buatbuat taktahu pulak eh. Then, hari sabtu tu, ehem birthday aku. /dia nak habaq jugak tu gagah la ehh haha/ Okbye. 

20 December 2015

Tagging by Beeha

Assalamualaikum. Check shoutbox tadi ada orang tag kita suh jawab soalan. Agak terharu :') Sebab aku ni baru masuk balik ja blogging tetiba ada orang tag-kan suh jawab soalan dia buat. Terharu tau. Terasa dihargai kejap. K over. Kahkah
 Tapi kan, aku tak rajin nak tag or buat soalan dekat orang even though lima soalan je pun sebab aku tengah mengalami fasa pereputan yang amat sangat sampai takleh nak pikir soalan. Peh alasan macam ape je. Haha okay stop merepeks, lets cekidaut apa Cik Beeha ni tanya kita ye.


1. Nama penuh dan nama manja korang? 
2. Perkara apakah yang pernah mengecewakan anda? 
3. Postkan gambar kawan rapat yang paling anda rindui. If rakan anda mempunyai blog sila tagkan namanya. 
4. Berikan lagu favourite anda. 
5. Nyatakan berapa bintang yang anda beri untuk blog Beeha.

Nama penuh saya Nurfatihah. Nama manja em dah tak manja kut besaq dah tkda nama manja. Hahaha. Tapi selalu senang orang panggil tihah la.

Perkara yang mengecewakan? Em bilamana kita tengah sesedap oren download movie dah nak habis dah sikit je lagi tibatiba internet problem lepastu failed. Amat sangat mengecewakan, lagi sedih daripada dapat tahu artist kesayangan kita dah kahwin tau. Lulz tetiba sangat.

Nah gambar setepek. Bukan taknak pilih sorang tapi kang depa baca sentap lak, lagi satu dalam netbook ni takde gambar. Tinggai gambaq lama lama ja. Huhu maaf ye. And depa takde blog dah rasanya. Aku ja buat comeback balik dalam dunia blogging. Harhar :3 Ohya semua ni aku rinduuuu sesangat sbb semua dah tak sama macam dulu. *Sobs T.T

Lagu favourite banyak gile, antaranya yang latest aku dok ulang ja dalam phone;

segenggam tabah// stitches// fight song// ost she was pretty// perfect two// what makes you beautiful *tgh dengar skrg*

Uih. Soalan berapa bintang nak bagi ni, hmm berapa eh? Taktahu la nak komen blog orang, blog kita pun tk seberapa huhuhu. Rasanya 5/5 bintang kut. Sebab blog awak kemas, cantik, tersusun and mudah nak baca nak follow nak usha nak komen nak stalk segala bagai lah. Kipidap! Haha

p/s: aku buat entry ni semalam tp ad prob takdapat nak publish haha so tertangguh smpai skrg lah. Ok bye :)

Life is a choice. #Part 2

Assalamualaikum dan hai kita bertemu lagi di dalam rancangan Jalanjalancarimakan ok tak stop merepek fatihah.  Ok this is some of my experiment experience that I would like to share with uolls. Kahkah bajet sangat kan? Nak baca #part1 punya? >click here<

Ok. Selepas dapat result spm yg alhamdulillah berpatutan dengan usaha aku kan. Korang pun hadek hadek yang baru habis spm tu, akak doakan semoga nanti korang dapat result yang terbaik kebabom dan berbaloi dengan usaha korang. "Kita, jangan dok doa nak straight A++ sangat ke hape, tapi mintaklah doa dapat result yang terbaik untuk kita. Sbb belum tentu straight A++ tu baik utk kita. Memang lah semua orang nak straight A++ kan? Tapi kita taktahu benda tu membawa kebaikan ke tak. Baik kita doa yang terbaik je untuk kita. And, re-check lah usaha korang tu, setimpal tak dengan result tu. Jangan nak meminta bagai nak rak tapi usahanye hampeh." Makan dalam kan? Bukan aku yang cakap tapi kawan aku yang bagitahu benda ni masa kami tunggu result dulu. :") Ayat tu idokle sebijik mcm dia cakap well dh lama kot dia cakap i just make my own words with the ideas. 

Berbalik kepada tadi, lepas aku dpt result. I still hunting for biasiswa dan segala permohonan ke uni swasta ke ipg ke apakebenda yang aku minat semua aku minta. Kalau hampa rajin isi ja segala permohonan yang boleh diisi. Aku isi sesetengah je sbb ak tk rajin sangat. LOL

Em then aku buat short list tentang hala tuju aku selepas spm. Sebuah peta minda cincai yang masih ada dekat meja study aku :') hahaha. I list what I want and what I could apply and pertimbangkan segala benda yang berkaitan. To make it short, shortlist aku tu:

1. Matrik

Masa tu, keputusan yang dah tau, matrik lah. Sebab result matrik ni keluar awai dalam beberapa minggu selepas keluar result kut, I'm not really sure. So that's why matrik tu #number1 muehehe. Sebab aku dapat matrik arau memang dekat nakmampus dengan rumah aku lol. Memang sebelum aku nak pergi matrik tu, adalah ura-ura orang yang busuk hati kedengki takpuas hati mengatakan kalau kau masuk matrik nanti kau dapat 4flat pun belum tentu dapat course yang kau nak masa degree. Nanti dapat course lelong la blablabla and so on. Manusia memang macamni ke perangai diorang? Takboleh tengok orang lain senang. Kau masuk matrik pun tak ada hati nak cakap camtu. Kalau kau dah masuk takpe lah jugak diknon oi. Skrg ni, hal kena lelong ke 4flat ke apa ke tu semua rezeki Allah. Percaya je kt Allah. Ada rezeki kau nak sambung medic ke engine ke kau dapat. Matrik ni aku nak sembang gebang lebih pun aku taktahu. Sebab aku masuk seminggu je. Hahahaha ye aku masuk matrik. KMP-ians. Pls mengaku kejap jd kawan aku. Aku masuk matrik. Masa tu aku dah takde pilihan sebab aku tolak yang lain. Kat bawah nanti aku cita apa yang aku dah tolak. Ok masuk for orientasi. OK-lah. Tu je kut aku boleh komen. Kalau kau orang rajin study korang dah nampak masa depan lepas matrik then stay je la eh-

2.UPM 

Keputusan UPU dah keluar and aku dapat UPM. Pilihan pertama aku tu. Tapi entah la aku rasa tak seronok pun. Hahaha sendiri pilih sendiri tanggung lah kan? Well keputusan UPU aku ni sangat tak disokong oleh semua family aku kut. Iyelah aku pilih ASPER. Aku pun nak taknak je entah kenapa aku pergi letak as plhn pertama. So, pendaftaran dia awal gila nak mampus. Memang aku tolak lah kan. Sebab masa tu otak aku terpikir nak duduk matrik je sebab dekat haha tu korang tak baca lagi kisah gila aku nak masuk form6, tunggu dulu bagi aku habiskan cerita pasai UPM. So, aku memang tak pergi lah UPM. Masa hari pendaftaran tu ak scroll fb dan tengok ada senior aku share pasal pendaftaran pelajar baru di UPM sebab beliau budak UPM. Masa tu tersentap lah ter menyesal sedikit pun hado. Macam best je dorang pergi sana. And suddenly few days after that aku dpaat tahu yang after kau keluar ASPER kau boleh sambung dietetic kat UPM. In sha Allah dia punya percent nk dapat tu tinggi sangatsangat sampai menjulang langit k over. Masa tu tahap kesedihan dah melampau and dah takleh nak patah balik lah kan. Masa tak boleh diundur. Kalau sahaja aku tahu benda tu awal sikit. Tapi it's okay. Redha; ada hikmah.

-----

Sebab aku punya perancangan hidup lepas matrik aku nak ambil dietetic. Kenapa? Entahlahnak. Aku suka bercakap pasal pemakanan and stuff berkaitan and most of all ianya berkaitan bio and human body. Betul ke? Itu aku assume je. Aku tak sempat lah pulak nak explore banyakbanyak pasai benda ni. Sbb akhirnya aku takjadi pun nak sambung ke arah mencapai course tu. Sobs T.T

3. Form6

This may sound crazy for those who know me. Haha sebab aku bukanlah jenis nak pergi sekolah sangat. Tapi bila ditambang tara, duduk f6 ni lebih mudah dan menjimatkan dan memudahkan dan aku boleh duduk rumah. Muehehe. Skrg ni form6 dah menjadi pilihan ramai tau. Sebab sijil STPM tu laku okay. Kau stay sekolah lagi dua tahun lepastu kau boleh buat degree. Okay lah tu. Kalau dipikir dari segi kos belajar makan apakebenda semua tu semuaa jimat sebab kau duduk rumah. Nak pulak ada satu masa tu tibatiba ada lah katanya nak bagi elaun dekat f6 tapi taktahu la betul ke tak and rasanya suara suara tu dah senyap sunyi je. Em takpelah geng korang dk rumah je tak belanja banyak, takde elaun pun boleh hidup lagi kan. Harhar. Tapi the biggest problem ialah aku takdapat form6 pun. Kahkah macam bangang je kan? Sbb aku dah dapat matrik, automatik nama aku takde untuk senarai form6. Tapikan, untuk form6 ni korang kena pandai pilih la sbb silibus subjek dia bukan tahap formfive dah, silibus dia lebih susah. Macam kawan kawan aku ambil STPM aliran agama, sejujurnya aku jeles dengan hampa :/ 

4. IPG

Aku mohon IPG ni, Tapi aku tak berharap sangat. Iyelah berjuta lemon manusia mohon yang dapat just 3k camtu je kut. Kau agak lah nak dapat kan. Aku ni pulak takdak ciriciri nak jadi seorang pendidik pun. Lulz. Sebab pengumuman IPG ni lambat jugak lah keluar so aku masuk matrik dulu. Memang, tak berharap tapi mengharap jugak untuk dapat. Ok ayat macam keling. Aku mengharap untuk dapat sebab mak ayah aku. Em em boleh dikatakan bukan pilihan pertama. Memang bukan pilihan pertama lah tengok la duduk kat number 4 ni harhar. *slap myself* Tapi tu lah kan, yang kita tak jangka tu lah yang kita akan dapat dan yang kita akan pergi. Dan sekarang, aku officialy a student of PPISMP SAINS @ ipgkpp. 

Kelakar kan? Sesuatu yang kau rasa mustahil kau buat tp skrg kau tengah lakukan benda tu. Sebab aku taksangka aku akan belajar untuk menjadi seorang pengajar. Dulu aku memang ada sedikit citacita nak jadi cikgu, pensyarah, saintis, doktor, semua benda lah aku nak jadi. Tapi bila menginjak dewasa, perlahan lahan satu demi persatu citacita tu hilang. Lulz. Sampai satu tahap aku taktahu nak jadi apa, nak pilih apa, nak sambung belajar kat mana. Aku cuma pegang satu je, aku minat subjek bio. Sampai tkmau smbung belajaq pun ada. Fed-up nya dalam membuat pilihan. How come and eighteen years old (tak cukup umuq pun) disuruh membuat pilihan yang dia sendiri taktau boleh ke tak dia nak buat sebab dia tak diberi pendedahan dari awal-awal. Tuptup kena pilih untuk masa depan, takpun dipaksa untuk memilih. Silap pilih kelam la masa depan. Eh no no no. Jangan cakap cemtu, masa depan takkan kelam kalau kita berusaha untuk buat yang terbaik walau dimana sahaja kita berada. Stay positive, okay?

Macam aku. Even aku dah habes satu semester dekat prog persediaan tu. Kadangkadang hati aku berbelah bahagi jugak. Aku tanya diri sendiri, betul ke aku dekat sini. Aku boleh bawak ke? Sebab tibatiba aku rasa aku takyakin dengan diri aku mampu ke nak bawak subjek biokimfiz tu. Aku hilang minat. Aku terkilan dengan diri sendiri. Sebab aku entahlah aku taktahu nak cakap apa dah. Aku taktahu nak luah kat siapa sebab tu ak menulis kat sini. HAHA 

Ada satu masa, aku jadi rindu dekat subjek syariah. Aku nak belajar pendidikan syariah islamiah lagi. Aku teringin jugak nak pursue minat aku dalam bidang syariah. Tapi tak mungkin kut buat masa skrg. Sebab aku dkt ipg aku terikat dengan termadansyarat dia yang scary tu. Bukan senang nk drop out oi. And aku taknak lah keluar. Dah satu sem kut kau gila ke hape. Apa yang aku boleh buat ialah keep moving and try to make this choice as the best choice ever even hati aku tak sepenuhnya pun nak masuk sini. Sebab macam aku cakap lah berjuta lagi manusia nak duduk dekat tempat kita skrg ni and aku nak mengalah macam tu je? Memang tak lah kan. 
Everything happen for reasons. Maybe kita taknampak lagi hikmah dia la ni tapi masa akan datang, kita taktau kan? So watlek watpis watkul. Enjoy your life.
Sebelum ada yang nak judge secara membuta tuli, aku taip bukan nak riak ka apa ka ak cuma nak share serba sikit pengalaman hidup aku. Well blog diwujudkan untuk share pengalaman kan? Feel free to ask me anything, cewahh bajet lah ada orang nak tanya soalan. Kuikui. Okay bye. 

"Hidup ni sebuah pilihan. Kau kena pilih sama ada untuk teruskan hidup atau hanya wujud macamtu je. Fikir-fikirkanlah eh."

*gambar sekadar hiasan lol

p/s; thankyou for reading. hanya sekadar secebis pengalaman hidup seorang manusia biasa. bukan tips atau teknik mendapat kerja eh? harhar

19 December 2015

Life is a choice. #Part 1

Assalamualaikum people. Pernah dengar atau baca tak quotes di bawah ni? 


Okay, harini aku nk cerita sikit la pasai pengalaman hidup aku dalam memilih hala tuju kehidupan ni. Cewaah ayat nak gramatis je lol. Semua orang tahu kan, aku lapanbelas tahun, kalau yg taktau tu sila usha di sebelah kanan blog ni okay >> 
Lapanbelas tahun. That's mean kau dah tak sekolah tapi kalau kau still pilih nak pergi sekolah pun it's okay, no harm. Lapanbelas tahun bermakna dah habis spm. Dah habes exam yang paling susah di muka bumi ni bagi budak sekolah, betul ke? Hahaha aku taktahu nak komen la pasal tu. Sebenarnya bagi mereka yang dah lalui spm and melalui fasa pemilihan hala tuju selepas spm, nak memilih selepas spm tu lagi susah okay! Spm tu takde apa sangat pun. Nak pilih kehidupan kita selepas spm tu yang susah. Boleh menangis meraung jadi pendiam jadi emo meroyan pun boleh tau. Lol tapi jangan risau, kalau korang dah tahu passion minat korang ke arah apa then it will be easier. Yang susahnya kalau citacita pun tak tetap kohkoh pastu takdak minat takpun minat tpi tkleh bawa or another obstacles yang ada. Well "life is no fun without obstacles". Kahkah quoted #sangaaat

Ok stop merepek. Aku bukan nak bagi tips memilih hala tuju ke apa ke. Aku cuma nak share la seciput pengalaman dan pendapat aku ketika fasa pemilihan hala tuju aku dulu ni. Cehh  dulu sangat bau berapa bulan je berlalu over je dia ni kan?

Perjalanan hidup aku sebagai seorang lepasan SPM// 

Setahu aku, setiap sekolah semua bebudakyang ambil SPM kat sekolah tu akan dipaksa disuruh untuk memohon matrik. Ni bukan matriks dalam MathMode ye. #tetiba Ni program matrikulasi tu. Aku taknak cerita panjang korang boleh pergi google sendiri ye. Okay so bagi seorang budak yang skema lagi baik lagi takde siblings yang masih study macam aku ni, benda ni memudahkan hidup aku lah. Sebab ada cikgu tolong bagi briefing bagai then tolong belikan lagi nombor PIN bagai. Aku taktahu apa apa doh time tu :') Alhamdulillah. Tapi skrg aku tktahu la sekolah tlg belikan ke tak. Kalau tak, no worry korang boleh pergi beli sendiri dekat BSN tapi dia ada tempoh2 masa dia. Mohon google jugak yg ni eh. So selesai satu hal, kalau ko dah target nak pergi matrik je then bolehla kau goyang kaki lepak tengok movie mereputs je masa cuti nak menunggu result ni. Kohkoh

Kejap eh, aku nak cerita pasal ape ni. Huhu blank kejap

Ok then masa cuti panjang macam sekarang ni, masa tunggu result spm tu, disarankan korang usha usha lah maklumat pasai uni mana korang nak masuk, ke usha biasiswa ke courses apa yang kau nak ambil nanti ke apa apa je lah. Google kan hado? Semua dihujung jari je diknon ooi. 

---------

UPU. So for those SPM leavers should know what is this thing. Semua orang be like kau nak isi apa untuk masuk u nanti bla3. Dekat UPU ni ada lapan pilihan yang kita boleh buat. Seems like banyak kan? Pehal sampai lapan, satu dah ah. Hahaha kau nak mampus buatnya satu yang kau mintak tu kau takdapat acaner? Sebab tu dia buat lapan, for backup kut. Entah aku pun taktahu tapi masa mulamula aku bukak sistem tu aku pun tanya jugak pehal sampai lapan nak backup pun agak agak ah tapi kesah kan jelah. Isi je nak ooi. Kau rasa banyak kan. Tapi sebenarnya untuk lepasan spm ni tak banyak pilihan samgat pun. #serioustalk aku tak tipu okay. Sebab cane pun kau akan kena masuk asasi/diploma. Kau tahu tak life asasi tu macam mana? Macam matrik ah. Persediaan. Kalau kau dari science stream berhajat nak teruskan science tapi kau taknak fizik/bio tapi kalau kau pergi prog persediaan memang takboleh lari dari tiga subjek killer tu dude. Unless kau pergi diploma entah aku tktahu sangat. Tapi if nama dia "SAINS" memang kau akan jumpa lah BIO KIM FIZ tu. Larilah ke hujung dunia pun, kalau dah jodoh bertemu jugak. Eh? 

Kenapa aku banyak cakap pasal sains je ni, racist lah. Subjek lain macam mana pulak. Well dekat UPU tu macam macam pilihan ada, untuk budak akaun ke sains ke agama ke art ke ap ke. Korang bukak je nanti sistem tu adalah dia keluar pilihan dia. Untuk isi kemasukan ke politeknik pun ada, lagi apa kebenda tah aku dah tak ingat.

Masa aku dulu. Upu tu boleh kemasikini tanpa had aku rasa. So memang berjuta kali lah aku update ok tipu. Muehehe banyak kali gak lah aku ubah. Weh masa depan kut. Eventhough masa tu aku taknampak pun halatuju aku nak kemana. Aku cuma minat BIO. Acah acah nak jadi doctor kejap lepas baca blog kakfatinliyana harhar tapi takboleh tahan dengan darah apedaaaah. Ini semua sebab watak Jihan dalam DearYayah lah aku menjiwai sgt watak tu sampai takut darah. #sangattetiba 
But still aku letak jugak asasi perubatan pilihan ke berapa entah, acah acah kan kalau dapat aku pergi tapi takdapat pun hahahaha. 

Tapi, ni nak bagi TIPS + PERINGATAN lah siikit dekat hadek hadek yang baru habes spm ni. (Hadek la sangat takpayah acah senior kau pun takcukup lapanbelas lagi hewhew) Kau jangan nak pilih ikut kawan eh. Kau pilih ikut minat and kemampuan kau. Kau faham? Aku tahu banyak sangat orang bagi nasihat macamni but still aku nak ulang jugak. Lagi, jangan kau nampak public figure sekian sekian ambil course tu kau pun acah acah nak follow beliau walhal kau tak minat pun benda tu. Takpun certain people just nak masuk U sebab yelah masuk U doh boleh heboh sekampung hebat taksangga dpt masuk U hek eh last last keluar takde kerja. Takdapat masuk U pun takpe dik, skrg kos sara hidup mahasiswa semakin meningkat oi baik kau pergi belajar kemahiran weh. Tak, aku bukan menghalang citacita engkorang nak menjejakkan kaki di menara gading, but diingatkan sekali lagi, ikut minat, ikut apa yang terbaik untuk korang, ikut apa yang makbapak korang suka sebab redha mak ayah tu penting kan? :') Berdoa lah dekat Allah, tetapkan hati kita untuk memilih apa yang terbaik untuk hidup kita.

Kau tahu tak, sebenarnya lepas kau buat pilihan yang nekad yang kau rasa habis muktamad dah, kadangkadang akan datang perasaan raguragu  menyesal dengan pilihan kau tu. Macam aku sekarang. Tapi kau ignore kan jelah. Semua tu hasutan syaitan je tu. Dia nak lalaikan kau. Macam aku, aku dah pilih jalan ni, aku dah takboleh nak patah balik kut. So go on je lah. Ada hikmah di sebalik semua ni. Memang, kadangkadang pilihan kita tu bukan pilihan kita pun, kau paham tak maksud aku? Kadang, pilihan tu pilihan mak ayah, kita kena ikut. Kadang, pilihan tu sebab tu the best choice. Kadang, pilihan tu sebab tu je yang ada depan mata kita. Tapi takpe, buat yang terbaik walau apa pun pilihan yang kau dah pilih. Ingat lah, tak semua orang ada peluang untuk berada dekat tempat yang kau duduk sekarang ni. Letak tangan di dada, pejam mata dan cakap dekat diri sendiri, setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. 

Ok dah panjang sangat aku merepek ni. Entah ada ke tak orang nak baca lol kesah pulak. I just love typing yknow. Nanti esok ke petang karang aku sambung #part2 pulak. Sebab banyak lagi benda aku nak share dekat sini. Huhu. Kbye. 



18 December 2015

First Mini Giveaway by Tashira


I see this giveaway from my dashboard. So, nak join. Klik banner if korang nak join. Saya dah ikut semua syarat except for i doesn't have insta.  Okay bye. 
*see i dah cakap i nak post lagi kan haha see ya later <3

Another comeback. Hai blogging world.

Assalamualaikum dan selamat petang dan salam sejahtera dan salam 1 Malaysia dan selamat menghabiskan cuti sekolah buat adik adik yang masih bersekolah dan juga kepada manusia yang se-spesis macam aku. Lol kenapa aku cakap macamni? Sebab ak pun tengah bercuti sekarang. Harhar 

Setelah sekian lama aku tak update apa apa dekat blog. Setahun kut? Last post aku Januari haritu. Bapak lama gile aku mencari idea. Setahun kau kahkah. 
Okay abaikan header. I'm not "sixteen wannabe" anymore. Nampak sangat dah lama aku left dunia berblogging ni kan? Tahun ni, em lebih tepat lagi lebih kurang lapan hari lagi, aku dah nak masuk lapanbelas tahun diknon. Bukan budak sekolah lagi dah pun. Tapi kenapa sekarang aku cuti? 

Jengjengjeng--------



Sbb ak skrg ni IPG-ers. Kah kemain kau. Macam gampang bangang ape je kan? Lulz. Okay sebab cuti aku lama sangat (okay nampak tak budak tak bersyukur cuti lama kang dah masuk balik mengadu nak cuti pulak lol manusia macamni lah pfft) aku decide nak update blog semula. Ekceli cuti aku lama dah, Ni pun dah halfway cuti dah, Tuptaptuptap esok dah nak kena balik sana. Uhuks. So sad T.T *tetiba
Layankan jela aku nak membebel kan? Hahaha. Sementara aku masih ada sumber wifi dan masa yang lapang, aku nak update blog nak blogwalking nak edit blog selagi hayatku mampu. 

Kalau korang nak tahu kan, netbook yang aku guna ni dah kehilangan huruf "M" so kalau ada certain words yang gua typo hilang M tu paham paham lah ye aku dah malas nak check sangat ni. Tapi kan perasan tak aku taip tak guna shortform sangat dah ni kalau boleh semua nak taip penuh hihi. Tengah fe-feeling nak jadi cikgu bm ni tetiba hahahaha dah merepek. Aku bukan bakal cikgu bm ye. Em em

Apa kebenda lagi nak cerita  ya. Aku sihat je Alhamdulillah :) From now on, aku just nak update blog untuk kepuasan diri aku je. Kalau korang nak baca dipersilakan, taknak pun takpe aku faham sekarang bukan zaman blog dah uhuks. 

K tu je kut. Kejaplagi aku update lagi pasal benda lain pulak hahaha siot. Bye. Assalamualaikum.
*gambar takde motif saja nak mencantikkan entry je kuikui*