20 December 2015

Life is a choice. #Part 2

Assalamualaikum dan hai kita bertemu lagi di dalam rancangan Jalanjalancarimakan ok tak stop merepek fatihah.  Ok this is some of my experiment experience that I would like to share with uolls. Kahkah bajet sangat kan? Nak baca #part1 punya? >click here<

Ok. Selepas dapat result spm yg alhamdulillah berpatutan dengan usaha aku kan. Korang pun hadek hadek yang baru habis spm tu, akak doakan semoga nanti korang dapat result yang terbaik kebabom dan berbaloi dengan usaha korang. "Kita, jangan dok doa nak straight A++ sangat ke hape, tapi mintaklah doa dapat result yang terbaik untuk kita. Sbb belum tentu straight A++ tu baik utk kita. Memang lah semua orang nak straight A++ kan? Tapi kita taktahu benda tu membawa kebaikan ke tak. Baik kita doa yang terbaik je untuk kita. And, re-check lah usaha korang tu, setimpal tak dengan result tu. Jangan nak meminta bagai nak rak tapi usahanye hampeh." Makan dalam kan? Bukan aku yang cakap tapi kawan aku yang bagitahu benda ni masa kami tunggu result dulu. :") Ayat tu idokle sebijik mcm dia cakap well dh lama kot dia cakap i just make my own words with the ideas. 

Berbalik kepada tadi, lepas aku dpt result. I still hunting for biasiswa dan segala permohonan ke uni swasta ke ipg ke apakebenda yang aku minat semua aku minta. Kalau hampa rajin isi ja segala permohonan yang boleh diisi. Aku isi sesetengah je sbb ak tk rajin sangat. LOL

Em then aku buat short list tentang hala tuju aku selepas spm. Sebuah peta minda cincai yang masih ada dekat meja study aku :') hahaha. I list what I want and what I could apply and pertimbangkan segala benda yang berkaitan. To make it short, shortlist aku tu:

1. Matrik

Masa tu, keputusan yang dah tau, matrik lah. Sebab result matrik ni keluar awai dalam beberapa minggu selepas keluar result kut, I'm not really sure. So that's why matrik tu #number1 muehehe. Sebab aku dapat matrik arau memang dekat nakmampus dengan rumah aku lol. Memang sebelum aku nak pergi matrik tu, adalah ura-ura orang yang busuk hati kedengki takpuas hati mengatakan kalau kau masuk matrik nanti kau dapat 4flat pun belum tentu dapat course yang kau nak masa degree. Nanti dapat course lelong la blablabla and so on. Manusia memang macamni ke perangai diorang? Takboleh tengok orang lain senang. Kau masuk matrik pun tak ada hati nak cakap camtu. Kalau kau dah masuk takpe lah jugak diknon oi. Skrg ni, hal kena lelong ke 4flat ke apa ke tu semua rezeki Allah. Percaya je kt Allah. Ada rezeki kau nak sambung medic ke engine ke kau dapat. Matrik ni aku nak sembang gebang lebih pun aku taktahu. Sebab aku masuk seminggu je. Hahahaha ye aku masuk matrik. KMP-ians. Pls mengaku kejap jd kawan aku. Aku masuk matrik. Masa tu aku dah takde pilihan sebab aku tolak yang lain. Kat bawah nanti aku cita apa yang aku dah tolak. Ok masuk for orientasi. OK-lah. Tu je kut aku boleh komen. Kalau kau orang rajin study korang dah nampak masa depan lepas matrik then stay je la eh-

2.UPM 

Keputusan UPU dah keluar and aku dapat UPM. Pilihan pertama aku tu. Tapi entah la aku rasa tak seronok pun. Hahaha sendiri pilih sendiri tanggung lah kan? Well keputusan UPU aku ni sangat tak disokong oleh semua family aku kut. Iyelah aku pilih ASPER. Aku pun nak taknak je entah kenapa aku pergi letak as plhn pertama. So, pendaftaran dia awal gila nak mampus. Memang aku tolak lah kan. Sebab masa tu otak aku terpikir nak duduk matrik je sebab dekat haha tu korang tak baca lagi kisah gila aku nak masuk form6, tunggu dulu bagi aku habiskan cerita pasai UPM. So, aku memang tak pergi lah UPM. Masa hari pendaftaran tu ak scroll fb dan tengok ada senior aku share pasal pendaftaran pelajar baru di UPM sebab beliau budak UPM. Masa tu tersentap lah ter menyesal sedikit pun hado. Macam best je dorang pergi sana. And suddenly few days after that aku dpaat tahu yang after kau keluar ASPER kau boleh sambung dietetic kat UPM. In sha Allah dia punya percent nk dapat tu tinggi sangatsangat sampai menjulang langit k over. Masa tu tahap kesedihan dah melampau and dah takleh nak patah balik lah kan. Masa tak boleh diundur. Kalau sahaja aku tahu benda tu awal sikit. Tapi it's okay. Redha; ada hikmah.

-----

Sebab aku punya perancangan hidup lepas matrik aku nak ambil dietetic. Kenapa? Entahlahnak. Aku suka bercakap pasal pemakanan and stuff berkaitan and most of all ianya berkaitan bio and human body. Betul ke? Itu aku assume je. Aku tak sempat lah pulak nak explore banyakbanyak pasai benda ni. Sbb akhirnya aku takjadi pun nak sambung ke arah mencapai course tu. Sobs T.T

3. Form6

This may sound crazy for those who know me. Haha sebab aku bukanlah jenis nak pergi sekolah sangat. Tapi bila ditambang tara, duduk f6 ni lebih mudah dan menjimatkan dan memudahkan dan aku boleh duduk rumah. Muehehe. Skrg ni form6 dah menjadi pilihan ramai tau. Sebab sijil STPM tu laku okay. Kau stay sekolah lagi dua tahun lepastu kau boleh buat degree. Okay lah tu. Kalau dipikir dari segi kos belajar makan apakebenda semua tu semuaa jimat sebab kau duduk rumah. Nak pulak ada satu masa tu tibatiba ada lah katanya nak bagi elaun dekat f6 tapi taktahu la betul ke tak and rasanya suara suara tu dah senyap sunyi je. Em takpelah geng korang dk rumah je tak belanja banyak, takde elaun pun boleh hidup lagi kan. Harhar. Tapi the biggest problem ialah aku takdapat form6 pun. Kahkah macam bangang je kan? Sbb aku dah dapat matrik, automatik nama aku takde untuk senarai form6. Tapikan, untuk form6 ni korang kena pandai pilih la sbb silibus subjek dia bukan tahap formfive dah, silibus dia lebih susah. Macam kawan kawan aku ambil STPM aliran agama, sejujurnya aku jeles dengan hampa :/ 

4. IPG

Aku mohon IPG ni, Tapi aku tak berharap sangat. Iyelah berjuta lemon manusia mohon yang dapat just 3k camtu je kut. Kau agak lah nak dapat kan. Aku ni pulak takdak ciriciri nak jadi seorang pendidik pun. Lulz. Sebab pengumuman IPG ni lambat jugak lah keluar so aku masuk matrik dulu. Memang, tak berharap tapi mengharap jugak untuk dapat. Ok ayat macam keling. Aku mengharap untuk dapat sebab mak ayah aku. Em em boleh dikatakan bukan pilihan pertama. Memang bukan pilihan pertama lah tengok la duduk kat number 4 ni harhar. *slap myself* Tapi tu lah kan, yang kita tak jangka tu lah yang kita akan dapat dan yang kita akan pergi. Dan sekarang, aku officialy a student of PPISMP SAINS @ ipgkpp. 

Kelakar kan? Sesuatu yang kau rasa mustahil kau buat tp skrg kau tengah lakukan benda tu. Sebab aku taksangka aku akan belajar untuk menjadi seorang pengajar. Dulu aku memang ada sedikit citacita nak jadi cikgu, pensyarah, saintis, doktor, semua benda lah aku nak jadi. Tapi bila menginjak dewasa, perlahan lahan satu demi persatu citacita tu hilang. Lulz. Sampai satu tahap aku taktahu nak jadi apa, nak pilih apa, nak sambung belajar kat mana. Aku cuma pegang satu je, aku minat subjek bio. Sampai tkmau smbung belajaq pun ada. Fed-up nya dalam membuat pilihan. How come and eighteen years old (tak cukup umuq pun) disuruh membuat pilihan yang dia sendiri taktau boleh ke tak dia nak buat sebab dia tak diberi pendedahan dari awal-awal. Tuptup kena pilih untuk masa depan, takpun dipaksa untuk memilih. Silap pilih kelam la masa depan. Eh no no no. Jangan cakap cemtu, masa depan takkan kelam kalau kita berusaha untuk buat yang terbaik walau dimana sahaja kita berada. Stay positive, okay?

Macam aku. Even aku dah habes satu semester dekat prog persediaan tu. Kadangkadang hati aku berbelah bahagi jugak. Aku tanya diri sendiri, betul ke aku dekat sini. Aku boleh bawak ke? Sebab tibatiba aku rasa aku takyakin dengan diri aku mampu ke nak bawak subjek biokimfiz tu. Aku hilang minat. Aku terkilan dengan diri sendiri. Sebab aku entahlah aku taktahu nak cakap apa dah. Aku taktahu nak luah kat siapa sebab tu ak menulis kat sini. HAHA 

Ada satu masa, aku jadi rindu dekat subjek syariah. Aku nak belajar pendidikan syariah islamiah lagi. Aku teringin jugak nak pursue minat aku dalam bidang syariah. Tapi tak mungkin kut buat masa skrg. Sebab aku dkt ipg aku terikat dengan termadansyarat dia yang scary tu. Bukan senang nk drop out oi. And aku taknak lah keluar. Dah satu sem kut kau gila ke hape. Apa yang aku boleh buat ialah keep moving and try to make this choice as the best choice ever even hati aku tak sepenuhnya pun nak masuk sini. Sebab macam aku cakap lah berjuta lagi manusia nak duduk dekat tempat kita skrg ni and aku nak mengalah macam tu je? Memang tak lah kan. 
Everything happen for reasons. Maybe kita taknampak lagi hikmah dia la ni tapi masa akan datang, kita taktau kan? So watlek watpis watkul. Enjoy your life.
Sebelum ada yang nak judge secara membuta tuli, aku taip bukan nak riak ka apa ka ak cuma nak share serba sikit pengalaman hidup aku. Well blog diwujudkan untuk share pengalaman kan? Feel free to ask me anything, cewahh bajet lah ada orang nak tanya soalan. Kuikui. Okay bye. 

"Hidup ni sebuah pilihan. Kau kena pilih sama ada untuk teruskan hidup atau hanya wujud macamtu je. Fikir-fikirkanlah eh."

*gambar sekadar hiasan lol

p/s; thankyou for reading. hanya sekadar secebis pengalaman hidup seorang manusia biasa. bukan tips atau teknik mendapat kerja eh? harhar

4 comments:

A N I S said...

Emm susah jugak nak buat pilihan . Anis ambik SPM tahun ni , tapi sma la tak tahu nak sambung bidang apa lepas ni =='

Nur Fatihah said...

@BELLA LEE

oh lepasan spm lah ni? enjoy your holiday ye. hihi. mmg susah tp kalau dh jmpa minat yg betul, tkpe, go on je :D

Yoo ♡ said...

Akak? Nak tanya,

Akak stay matrik, kan? Nanti boleh akak share or buat entry macam mana kehidupan as student matrik? Dan saya curious, antara matrik dan asasi, yang mana lagi tough? Ke dua2 sama? Sorry kalau saya agak noob XD

Nur Fatihah said...

@ Yoo ♡

sorry adik, akak tk stay matrik sbb akak masuk ipg. so sorry T.T ohya asasi and matrik tk byk beza pun sbenarnye. akak tahu la sikit2 sbb kwn akak ad dduk matrik. in sha Allah nnt bila2 akak try bt entry pasal tu eh if akak dh ad mklumat yg cukup.