19 December 2015

Life is a choice. #Part 1

Assalamualaikum people. Pernah dengar atau baca tak quotes di bawah ni? 


Okay, harini aku nk cerita sikit la pasai pengalaman hidup aku dalam memilih hala tuju kehidupan ni. Cewaah ayat nak gramatis je lol. Semua orang tahu kan, aku lapanbelas tahun, kalau yg taktau tu sila usha di sebelah kanan blog ni okay >> 
Lapanbelas tahun. That's mean kau dah tak sekolah tapi kalau kau still pilih nak pergi sekolah pun it's okay, no harm. Lapanbelas tahun bermakna dah habis spm. Dah habes exam yang paling susah di muka bumi ni bagi budak sekolah, betul ke? Hahaha aku taktahu nak komen la pasal tu. Sebenarnya bagi mereka yang dah lalui spm and melalui fasa pemilihan hala tuju selepas spm, nak memilih selepas spm tu lagi susah okay! Spm tu takde apa sangat pun. Nak pilih kehidupan kita selepas spm tu yang susah. Boleh menangis meraung jadi pendiam jadi emo meroyan pun boleh tau. Lol tapi jangan risau, kalau korang dah tahu passion minat korang ke arah apa then it will be easier. Yang susahnya kalau citacita pun tak tetap kohkoh pastu takdak minat takpun minat tpi tkleh bawa or another obstacles yang ada. Well "life is no fun without obstacles". Kahkah quoted #sangaaat

Ok stop merepek. Aku bukan nak bagi tips memilih hala tuju ke apa ke. Aku cuma nak share la seciput pengalaman dan pendapat aku ketika fasa pemilihan hala tuju aku dulu ni. Cehh  dulu sangat bau berapa bulan je berlalu over je dia ni kan?

Perjalanan hidup aku sebagai seorang lepasan SPM// 

Setahu aku, setiap sekolah semua bebudakyang ambil SPM kat sekolah tu akan dipaksa disuruh untuk memohon matrik. Ni bukan matriks dalam MathMode ye. #tetiba Ni program matrikulasi tu. Aku taknak cerita panjang korang boleh pergi google sendiri ye. Okay so bagi seorang budak yang skema lagi baik lagi takde siblings yang masih study macam aku ni, benda ni memudahkan hidup aku lah. Sebab ada cikgu tolong bagi briefing bagai then tolong belikan lagi nombor PIN bagai. Aku taktahu apa apa doh time tu :') Alhamdulillah. Tapi skrg aku tktahu la sekolah tlg belikan ke tak. Kalau tak, no worry korang boleh pergi beli sendiri dekat BSN tapi dia ada tempoh2 masa dia. Mohon google jugak yg ni eh. So selesai satu hal, kalau ko dah target nak pergi matrik je then bolehla kau goyang kaki lepak tengok movie mereputs je masa cuti nak menunggu result ni. Kohkoh

Kejap eh, aku nak cerita pasal ape ni. Huhu blank kejap

Ok then masa cuti panjang macam sekarang ni, masa tunggu result spm tu, disarankan korang usha usha lah maklumat pasai uni mana korang nak masuk, ke usha biasiswa ke courses apa yang kau nak ambil nanti ke apa apa je lah. Google kan hado? Semua dihujung jari je diknon ooi. 

---------

UPU. So for those SPM leavers should know what is this thing. Semua orang be like kau nak isi apa untuk masuk u nanti bla3. Dekat UPU ni ada lapan pilihan yang kita boleh buat. Seems like banyak kan? Pehal sampai lapan, satu dah ah. Hahaha kau nak mampus buatnya satu yang kau mintak tu kau takdapat acaner? Sebab tu dia buat lapan, for backup kut. Entah aku pun taktahu tapi masa mulamula aku bukak sistem tu aku pun tanya jugak pehal sampai lapan nak backup pun agak agak ah tapi kesah kan jelah. Isi je nak ooi. Kau rasa banyak kan. Tapi sebenarnya untuk lepasan spm ni tak banyak pilihan samgat pun. #serioustalk aku tak tipu okay. Sebab cane pun kau akan kena masuk asasi/diploma. Kau tahu tak life asasi tu macam mana? Macam matrik ah. Persediaan. Kalau kau dari science stream berhajat nak teruskan science tapi kau taknak fizik/bio tapi kalau kau pergi prog persediaan memang takboleh lari dari tiga subjek killer tu dude. Unless kau pergi diploma entah aku tktahu sangat. Tapi if nama dia "SAINS" memang kau akan jumpa lah BIO KIM FIZ tu. Larilah ke hujung dunia pun, kalau dah jodoh bertemu jugak. Eh? 

Kenapa aku banyak cakap pasal sains je ni, racist lah. Subjek lain macam mana pulak. Well dekat UPU tu macam macam pilihan ada, untuk budak akaun ke sains ke agama ke art ke ap ke. Korang bukak je nanti sistem tu adalah dia keluar pilihan dia. Untuk isi kemasukan ke politeknik pun ada, lagi apa kebenda tah aku dah tak ingat.

Masa aku dulu. Upu tu boleh kemasikini tanpa had aku rasa. So memang berjuta kali lah aku update ok tipu. Muehehe banyak kali gak lah aku ubah. Weh masa depan kut. Eventhough masa tu aku taknampak pun halatuju aku nak kemana. Aku cuma minat BIO. Acah acah nak jadi doctor kejap lepas baca blog kakfatinliyana harhar tapi takboleh tahan dengan darah apedaaaah. Ini semua sebab watak Jihan dalam DearYayah lah aku menjiwai sgt watak tu sampai takut darah. #sangattetiba 
But still aku letak jugak asasi perubatan pilihan ke berapa entah, acah acah kan kalau dapat aku pergi tapi takdapat pun hahahaha. 

Tapi, ni nak bagi TIPS + PERINGATAN lah siikit dekat hadek hadek yang baru habes spm ni. (Hadek la sangat takpayah acah senior kau pun takcukup lapanbelas lagi hewhew) Kau jangan nak pilih ikut kawan eh. Kau pilih ikut minat and kemampuan kau. Kau faham? Aku tahu banyak sangat orang bagi nasihat macamni but still aku nak ulang jugak. Lagi, jangan kau nampak public figure sekian sekian ambil course tu kau pun acah acah nak follow beliau walhal kau tak minat pun benda tu. Takpun certain people just nak masuk U sebab yelah masuk U doh boleh heboh sekampung hebat taksangga dpt masuk U hek eh last last keluar takde kerja. Takdapat masuk U pun takpe dik, skrg kos sara hidup mahasiswa semakin meningkat oi baik kau pergi belajar kemahiran weh. Tak, aku bukan menghalang citacita engkorang nak menjejakkan kaki di menara gading, but diingatkan sekali lagi, ikut minat, ikut apa yang terbaik untuk korang, ikut apa yang makbapak korang suka sebab redha mak ayah tu penting kan? :') Berdoa lah dekat Allah, tetapkan hati kita untuk memilih apa yang terbaik untuk hidup kita.

Kau tahu tak, sebenarnya lepas kau buat pilihan yang nekad yang kau rasa habis muktamad dah, kadangkadang akan datang perasaan raguragu  menyesal dengan pilihan kau tu. Macam aku sekarang. Tapi kau ignore kan jelah. Semua tu hasutan syaitan je tu. Dia nak lalaikan kau. Macam aku, aku dah pilih jalan ni, aku dah takboleh nak patah balik kut. So go on je lah. Ada hikmah di sebalik semua ni. Memang, kadangkadang pilihan kita tu bukan pilihan kita pun, kau paham tak maksud aku? Kadang, pilihan tu pilihan mak ayah, kita kena ikut. Kadang, pilihan tu sebab tu the best choice. Kadang, pilihan tu sebab tu je yang ada depan mata kita. Tapi takpe, buat yang terbaik walau apa pun pilihan yang kau dah pilih. Ingat lah, tak semua orang ada peluang untuk berada dekat tempat yang kau duduk sekarang ni. Letak tangan di dada, pejam mata dan cakap dekat diri sendiri, setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. 

Ok dah panjang sangat aku merepek ni. Entah ada ke tak orang nak baca lol kesah pulak. I just love typing yknow. Nanti esok ke petang karang aku sambung #part2 pulak. Sebab banyak lagi benda aku nak share dekat sini. Huhu. Kbye. 



5 comments:

Unknown said...

nice sharing ^^, esok dtg lagi utk baca part 2 plk . hehe .

Nur Fatihah said...

@Meura metsu

thankyouu sbb sudi baca. in sha Allah nnt saya update part2 :)

Diya Hanun said...

Study skrg dah mahai kan..huhu..kena prepare segala fizikal dan mental untuk semua tu juga

Nur Fatihah said...

@Diya Hanun

haa tulah pasai. semmua benda mmahai dh la ni :/

yui said...

thankyou for these information ^^