26 December 2015

Kawan--

Bismillah.

Dekat sehari semalam jugaklah aku dok terpikir kan nak membincangkan menyembang pasai tajuk ni kat blog aku. Ehem.

Naa kenapa aku pilih tajuk ni? Sebab saja saja. Terlihat gambar kawan kawan dekat dp wasep tkpun dekat wechat, kadang aku terdiam and terkenangkan kisah kami. /er drama apkah ini?/ haha Okay tak, ceni kan aku nampak gambaq depa and i was like "is this my friend that i used to know?" Sebab depa semua dah membesar dengan jayanya /lol/ meningkat dewasa dengan cantik dan segaknya sampai kelihatan flawless semuanya /hiperbola detected/ keh-

Tapi seyes ah tengok gambaq depa macam hm trpikir cena dulu aku boleh kawan ngan depa /sebab satu sekolah lah ngok/ er sebab la ni bila tengok gambaq depa /banyak kali aku ulang ayat ni/ aku macam peh tak caya cena aku boleh kawan dengan depa, ad yang kawanbaik taksangga ada yang just teguq cmtu ja tp still boleh masuk lah kan. Peh-

Ada orang cakap kalau nak tau sapa kawan kita, tengok siapa yang kita contact lagi selepas spm. Hm aku dah alami zaman selepas spm ni dan aku akui banyak yang boleh cakap lost contact. Entahlah even dengan perkembangan media sosial semasa yang mudah dan efisien ni tetap boleh lost contact. Bukan lost contact dlm erti sebenarnya. Dia ceni contact tu dok ada ja dalam phone cuma takda keberanian nk teguq macam dulu, macam masa duduk sekelas dulu. Yelah skrg semua orang dah bertebaran di muka bumi Allah yang luas ni. Yang mana aku sendiri taktau depa sambung course apa so dia jadi mcm nk hntaq chat stgi kut kacau org study ka ada kelas ka ap ka. Aku pun ada komitmen dengan kuliah aku jugak. That's how me lost connection with my friend. Ada lah dua tiga yang tau perkembangan semasa tu pun sebab depa aktif kat wechat fesbuk wasep. Yang tak aktif tu em krik krik senyap sunyi sampai kesudah taktau apa. Sedih kan? /mohon jangan tiru perangai ini/

Then aku nak bercerita tentang kawan ni. Ada yang rapat masa sekolah rendah, even my first time BFF, la ni jumpa pun macam "hai, ok sihat? bye" hah- Seyes nak oi. Bukan senang nak kekalkan suatu hubungan persahabatan tu. Sebab salah faham yang kecik pun satu persahabatan tu boleh musnah. Aku dah lalui sendiri. Kawan rapat masa sekolah rendah bila masuk sekolah menengah *smthg happens* terus tak bercakap sampai skrg kalau cakap pun  mcm soooo awkward yknow. Sedih tu takpayah cakap la, dia lah kawan mengaji dia lah kawan pi kelas tambahan petangpetang dia lah kawan yang dok mai lepak rumah aku waktu weekend, end up jadi kawan se-batch yang macam kau ada ke takde ke tak penting pun. Ada kawan sekolah rendah yang mana bila masuk sekolah menengah tak sama dengan kita takpun pi sekolah asrama. Allahu, Tuhan ja tau betapa rindunya nak lepak sembang macam dulu tapi hm payah dah nak jumpa kan sekarang? Honestly zaman sekolah rendah aku banyak benda yang membahagiakan hidup aku waktu tu :")

Lepastu ada kawankawan yang kenai kut fesbuk twitter blog bagai tapi takpernah jumpa, tp boleh jadi rapat sangat waktu tu tapi bila lamalama yeah kalau tak usaha nak kekalkan friendship sooner or later dia akan 'mati'. Skrg masih nampak depa kat laman sosial cuma tu lah perasaan segan tu dah menebal dalm diri aku, taktahu nak mula chat cemana balik and the most core reason is takut mengganggu diorang lah kan. Sebab skrg life masingmasing dah brbeza, tk mcm dulu masa sekolah. Hu-

Ada orang cakap lagi, true friend is not about someone that we know the longest but it's about ppl that comes and never leaves. Yeah ada betui jugak kan. Cuma berapa lama someone tu akan 'comes and never leaves' dari hidup kita? Mcm dulu, certain friendship bertahan waktu zaman sekolah ja. Bila masuk ipt ceni dh takda. And now, ada kawan baru dekat ipt *contohnya* and sampai bila nak bertahan? Tak semestinya selama-lamanya. Kena sedaq benda tu. Contohnya; skrg hg duduk dkt some place and get some friends and it will remain as friends selagi mana hg duduk di situ. Bila dah blah dari situ? Hm /tepuk dada tanya hati persahabatan ni atas niat apa/

Mcm pengalaman aku skrg, aku ada la duatiga kerat lagi kawan masa sekolah menengah yang masih stick together with me. Alhamdulillah, in sha Allah sahabat hingga syurga. Aku kalau boleh nak buat kawan dengan semua orang. Aku nak persahabatan tu last forever yknow. Cuma tu lah setiap orang hadir dalam hidup kita adalah hikmah yang Allah nak bagi kita rasa. Kadang, walau tak pernah cakap ataupun contact dah pun kalau masing-masing sedar kewujudan sahabat tu, doa lah. Sahabat yang baik akan sentiasa mendoakan kebaikan kepada sahabatnya walau tak berjumpa.

Aku sangat berterima kasih kepada semua orang yang pernah hadir dalam hidup aku sebagai kawan rakan dan sahabat aku. Hampa banyak ajaq aku macam-macam. Uhibbukum fillah abadan abada. Jazakumullahu khairan sahabat! 

Last but not least, quote dari aku sendiri.
Kawan tu takperlu contact harihari asalkan nanti jemput kenduri. Eh? Haha

Btw korang nak tahu tak definisi kawan dalam term aku sendiri? Kawan tu orang yang kau nak annoying-kan dia bila kau rasa annoying. So carilah kawan yang boleh di-annoying-kan. Muahaha xD /gelak cam raksasa dalam cite ultraman/ 


p/s: harini birthday tuan blog ni korang taknak wish ke? Hiks. Bye. :*

6 comments:

§ ✿ said...

Yaaa kawan is precious btw Happy Birthday !
- Artsy Le Bella

Isma Ismail said...

rinduuu kawan kawann

Nur Fatihah said...

@ § ✿

ahaa thankyou fr the wish! :D

@ Isma Ismail

kan rindu sangatt. huhu

Niena Reen said...

Happy birthday kakak! Saya pun ramai jugak kawan2 yang dah lost contact. Kawan rapat pun dah tak dengar cerita dah la ni. Sedih jugak la. Bila jumpa pun memang rasa awkward gila. Saya kalau dah tak jumpa seseorang kawan tu bertahun2, bila jumpa dah rasa macam dia tu stranger pulak. Huhuhu...

Nur Fatihah said...

@ Niena Reen

thankyou niena. haa tu lah that awkward feeling tu takleh nk dibendung huhu.

nurhuda said...

same laa. even kawan baik gila gila zaman sekolah dulu, yang ingatkan akan jadi bestfriend forever pon boleh lost contact terus. tu la yg orang kata people comes and go kan. byw, happy belated birthday, may Allah bless you always ;)