02 January 2016

Obsession.

Assalamualaikum. Salam tahun baru. Hehe.
Takpe ke kalau aku nak mula tahun baru dengan tajuk obsession ni? Haha sebab takde benda menarik pun jadi di awal tahun baru ni dalam hidup aku. Cuma selepas lima hari cukup lapanbelas tuptup dah jadi unofficially nineteen. /kau hado?/ hahaha

This is my last year of been teen. Peh taksangka dah besaqpanjang aku ni. Huhuhu. Okay back to the topic.


obsessionəbˈsɛʃ(ə)n/nounnoun: obsessionthe state of being obsessed with someone or something."she cared for him with a devotion bordering on obsession"
1.keadaan keterlaluan

Nah amekauu aku tolong pergi google translatekan bagai. Harhar. Obses kat sini bermaksud minat yang melampau dekat benda ke manusia ke haiwan ke ape ke. Tapi kalau dekat manusia, it's sound creepy kan? Kau nak ke tetiba ada orang cakap dia obses dekat kau? Bapak seram. Haha. 

And i'm just going to share bout my obsessions on some things.


1/ Buku novel komik dan seangkatan dengannya.

Aku memang suka buku since kecik lagi. Mak aku cakap dulu kecikkecik kalau pergi kedai aku mesti nak beli buku sebab nak conteng. And kalau takdapat aku akan meraung melalak satu kedai dengaq maigad so childish. Bila dah besaq ni, novel la bruhh. Aku kenal novel masa sekolah rendah lagi tp tu novel budakbudak la like novel Ain Maisarah, Farihah Iskandar and so on. Novel yang tebaltebal tu aku baca sebab influenced by kawan masa form2. Duh rosak hidup aku lepas tu. Sebab kerja nak baca novel ja. Haha dem. Masa sekolah dulu benda paling best bila dapat pinjam novel kawan. Nak beli sendiri mak takbagi. Uhuks. Sampai form3 kut baru aku boleh beli sendiri. And the rest is history. Kahkah bila dah boleh beli sendiri. Memang banyak ah novel aku simpan la ni. The most favorite genre is thriller by Ramlee Awang Murshid. Siapa suka baca, angkat tangan sikit? *sep sikit kita geng, hihi. Second, aku kumpul novel Hlovate ;3 Tapi novel lain tu aku beli like tengok cover tengok tajuk baca sinopsis, beli lah kalau ada duit.

Komik; yang aku tengah kumpul skrg ialah Lawak Kampus. Ni pengaruh anak sedara + klasmet lelaki aku yang bawak pergi sekolah then aku baca then addicted. Jenuh kan? Senang sangat addicted dengan buku ni. 

Apart from that /wah dah mcm nk bt esei bi/ aku baca Majalah GenQ. Tapi dekat rumah jela. Dekat asrama nak buat koleksi jawabnya nak letak mana uwuwuuw bilik kecik je T.T

Memang aku palingpaling suka buku lah! Nak bagi hadiah dekat aku, bagi la novel ke komik ke i will appreciate it the most! Haha. Aku ada jugak baca buku lain, nak taip satusatu jenuh lah kan. Ni pun, ada wishlist novel aku yg masih belum dapat dibeli sbb cari kt kedai tak jumpa. Sedih. T.T Sapa baca novel The Unsung Hero by Melur Jelita? Aku dok cari sambungan dia The One. Tapi takdak. Hm, balik penang nanti lah kut jumpa. Huhu

2/Kasut

Omaigad. Women and shoes berpisah tiada eh? Tak semua macam tu. And utk kecilkan skop, kasut kat sini bukan heels ke wedges ke boot ke stilleto ke ape eh. Kasut yang aku paling minat ialah SNEAKERS-- Maigad maigad aku kalau nampak je sebarang jenis sneakers semuaa aku fall in love on the spot. Tapi nak beli tu mmg tak la. Tengok je mampu. First sneaker yang aku dapat beli awal tahun lepas tu pun sebab nak pergi driving class. Kalau tak mak aku tk bagi beli sbb dia ckp nak pakai kasut tu p mana? Hewhew. Aku memang suka kasut bertutup. Dulu flat tapi skrg dh tk kenan sangat sbb flat senang koyak + aku ni bukannya jenis lemahlembut nak pakai flat sangat. So, sneakers is my favorite shoes. 


See. Lawa kan? Mana lah aku tak sukaaa! /er tapi tak semua ada taste yg sama, bg aku cmni dah lawa la hehe/ *gambaq from Google je.

3/ Botol air

Kay. This type of obsession ni aku baru sedaq lately. Aku mmg takleh tengok botol air lawalawa ada corak bagai. Duh nak beli. Tapi aku bukannya jenis nak bawak ayaq sangat. Kuikui. Dekat rumah pun ada tiga ke empat botol air yang tersimpan kemas dalam almari. Muehehe. Aku beli sebab lawa. Guna sekali dua pastu tak guna dah. Adoi. Ada satu botol air tu besaq gedabak aku beli semata mata nak bawak masa pmr ja lepastu takguna dh. Sebab ap? Sebab besaq sangat. Hahahahaha masa exam pmr tu kan acah acah nak minum ayaq kunun tu beli besaqbesaq. Kunun--

Tu je kut serba sikit obsession aku. Obsession ke ni tapi? Entah main hentam je tajuk tu. Feeling free to share bout yours kat komen ke entry ke. Nanti aku baca. Lulz.

Ok. Nak cakap ni, esok aku dah nak balik Penang. Masuk sem II sis. Pray for me eh? Moga aku terus tabah dan boleh survive. *yukenduit girl. Bye *spread love to everyone <3

6 comments:

Sofie Adie said...

botol air? banyaknya kumpul..kalau saya suka kumpul buku nota or diari yang rare2...^_^!
yeah! ucanduwit!!

Madam N said...

Amik kos apa ni blaja dik?

Anonymous said...

yay unofficially 19 gak! \(^o^)/
kalau saya obses dgn bende2 yg comel. lagi nampak mcm tak betul, haha :p

scya lollita said...

obses pada warna pink.

ermm eh tak, tak la obses sangat :P

Nur Fatihah said...

@sofie adie

wahh. best jugak kumpul buku nota :D hehe

@ Nabila Syifa

sains. :)

Nur Fatihah said...

@ Mazni Munawar

eh sebaya lah! :D hehe manada nmpak tk betul, biasa la tu bnda comel2, smua org suka, kan? hehe


@ Scya Lollita

eh eh. haha saya pun suka jugak warna pink, tp sikit2 je laa. :3