13 December 2018

Family Day JPP @ ESCAPE Adventure & Water Theme Park #1

Assalamualaikum. Okay aku dah janji nak cerita pasal pengalaman pegi ESCAPE kan. Nak kata review pun bolehla. 

Ni kiranya Program JPP-- Family Day giteww. Dua hari satu malam. So, kami duduk Base Camp dia kat sana. Harga? Boleh tengok kat bawah ni ye. Lagi awal kau tempah, lagi murah yalls. Tapi murahnye pun boleh tahan la. Dah i malas nak cite pepanjang sangat pasal harga tiket hahaha. Boleh terus klik kat gambar kalau berminat.


Dua hari kan. Kami pergi weekend masa awal-awal start cuti haritu (24-25 November). Cuti sekolah dah mula weh harusla ramai manusia. Kau sampai 0930 pun dah beratur panjang. Herherher.

Tips: Pergi lah masa weekday tapi kalau kau 'budak sekolah' mcm aku memang takdenye weekday untuk kau :')))))))

Ok tkpe ekceli kalau ikut perancangan tentatif family day kami tu banyak la benda dalam tu cenggitu cenggini. To make it short, aku terus dekat game yang ada lah ye. (Game ke weii ah bolehla taktau nak panggil apa LOL) Eh sebelum tu citer sikit pasal Base Camp. Ha memang betul la kau tidur dalam khemah. Ye khemah yang kita pasang tu mcm gi perkhemahan tu haa itu lah dia. Memang betul-betul khemah ye. (Susah nak percaya sebab few times pegi kem tak tido dalam khemah so takleh terima hahahahahha ngekk) Tapi takyah risau ah, khemah tu dah siap terpasang semua kawasan bersih terjamin selesa selamat sejahtera semuanya lah. Add on dalam khemah ada tilam okay. Tilam angin tu la kau jangan nk expect tilam mcm dekat rumah pulak, nama pun camping halamakk. Tapi asal boleh tido tu jadi lah kn? (Boleh tidur ke sis uhukhuk rasa mcm terapung-apung terawangan sangat lahaii sebbaik satu malam je)

Okay back to games. First and foremost, aku tak pergi water park dia so tak dapat nak review keseronokan di sana ya. Aku just masuk jalan-jalan pusing-pusing pastu keluar balik. Ha nampak la berpuluh-puluh (ehh) slide dalam tu yang kau boleh main then kolam alah tipikal taman tema air la. Tapi slide dia kat sini lagi mencabaqq lah wei kalau tak tak baloi ah bayar memahal kan. Banyak la benda kau boleh main air kat dalam tu. Boleh gi cuba sendiri ya nanti. Sis tengok je la ahahahhahahaa. *kejap tengah cari gambar kalau boleh share.............................. //LOADING


Back to adventure park. Ha yang ni best baqhangg. Nak kata minat sangat sukan lasak extreme gini, idokle jugak. Masa wall climbing BIG dulu kecut perut gak. Tapi disebabkan, memang teringin ya ampun nak try flying fox. Rasa bersyukur sangat-sangat ada prog ni utk sesi kalini. Tenkiuu so much AMT, much love <3 Sebab kalau dak, bila tah nak sampai sendiri kat escape ni berapa kali dok rancang tapi tak jadi jadi hahahha. Teringin nak naik flying fox ni sejak sekolah rendah lagi kut sebab pernah g kem dekat kem PLKN pastu nampak la kan bendalah tu tapi takleh naik sbb apa tahh tak cukup masa ka gena padahai benda lain buat ja. Ye pernah buat aktiviti PLKN masa dok sekolah rendahh lagi okay. Power tak sis? Hahahaha kenangan siot time tu darjah lima wuwuwuw. Ok jap terkeluar topik pulak.

Ha. Masuk je kat kawasan adventure tu, hg akan jd mcm lost kejap tau. Banyakk gilaaaaaaaaa game best-best sampai taktau nak try yang mana. Add on pagi-pagi ramai orang, kira jenuh beratuq la kan. Biasa ah, standard tempat camtu. Takpa, kami, ( i used "kami" sbb we are in group, okay?) jalan dulu tengok apa yang ada. Ada few tempat yg mmg penuh org beratuq and ada yg takda org #sendu #eh. Haha takde la, biasa mmg akan ad game yg fav & game yg biasa-biasa orang pandang sebelah mata je kan? Rupanya ada lebih kurang 20 games kat bhgn adventure ni (ni sebab tengok maps, kalau tak taktau jugak wehh)

Then, disebabkan semua jenis teringin nak main flying fox ja kami pun gigih la mencari di mana tempatnya. Ya ampun di atas rimbunan celahan pokok, ye lah kan kalau tidak mana nak flying kan kalau buat kat bawah #eh. Memang kau kena gigih mendaki tangga la weh. Ni kira game pertama kami cuba. Mcm biasa menunggu tu normal. Then, to tell ya kalau kau bawak brg/beg/fon or wtv jangan risau ada loker kat situ boleh simpan. Dan jangan risau, kat mana mula, kat situ habis. Mcm kami semua be like nanti turun kat mana eh? Kalau tinggal brg pstu cmne? And so many more persoalan pelik-pelik. 

Tips: Stesen permulaan = stesen penamat/ Have fun playing!

Nak main flying fox ni berat kau kena 40 and above. Kalau tak cukup takleh. Maybe ringan sangat takut nanti sangkut? Hahahahaha part sangkut ni, yang berat pun sangkut wehh acano? Ha tergantung la ekau dekat situ hahahahahha pastu kena gelak. Ok tak sis gurau je. Part tergantung tu betul tapi kena gelak tu, pun betul tapi sikit je la. Lebih kepada kesian dan risau apa nak jadi kat orang tu. Huhuhu. Tapi takpe #lifesaviour #renjer #everywhere. Takdenye kau nak tergantung sampai ke sudah, orang lain pun nak naik gak kan? Takdenye nak panggil bomba penyelamat ke hape. Nanti ada la abang-abang tu dtg tarik so kau boleh gerak semula. And then you are safe dude! Hoho

Pastu, kau jangan risau, bab keselamatan mmg tiptop la. Kalau kau ikut je segala arahan/tatacara pemakaian harness apa benda bagai tu, in shaa Allah selamat je, yakin okay? Mula-mula mmg cuak tap dah habis tu eh kejap je tak puas kut hahaha (ni kalau aku la mmg tak rasa pun kau tengah melayang dengan bantuan tali giteww) Flying fox ni, ada dua ke tiga level entah. Siang dia buka sampai certain level je sumpah aku tak ingat level dua ke eh. And level ni ada 4 hentian? Entah nak bahasakan dia apa. Boleh la hentian pun kan, Ha platform #eh #yeke. Senang cite, kau berhenti 4 kali camtu la. Bukan straight terbang di udara ye. Tapi ada satu lagi level paling extreme yang buka ptg je and that's gonna be another story okay? #staytuned


Sebelum aku habiskan part 1 yang mana baru cerita pasal flying fox je. Nama game tu sebenarnya Flying Lemur. Kenapa lemur? Ha lemur tu sejenis haiwan ye. Kenapa letak lemur? Once again aku siap Google lagi.
Nah Wikipedia jawabkan;

The Philippine flying lemur or Philippine colugo (Cynocephalus volans), known locally as kagwang, is one of two species of colugo or "flying lemurs". It is monotypic of its genus. Although called a flying lemur, it cannot fly and is not a lemur. Instead, it glides as it leaps among trees.
The kagwang belong to the order Dermoptera that contains only two species, one of which is found in the Philippines, while the other, the Sunda flying lemur, is found in Indonesia, Thailand, Malaysia, and Singapore. Recent research from genetic analysis suggests two other species, the Bornean flying lemur and the Javan flying lemur, may exist as well, but they have yet to be officially classified.
Both species of Dermoptera are classified under the superorder Euarchonta, which includes treeshrews and primates as well as an extinct order of mammals, the Plesiadapiformes.[3]


Comel tak? Ahahahah #takdekaitan. Mudahnya mcm sugar glider la ni ye dok? Entahlaaaa kenapa nama game tu flying lemur, sebab taknak bagi common la kut selalu dah dengar flying fox keii? Cehh padahal at the end org sebut flying fox jugak ekauu. Lol

Okay. I'll stop here. Panjang sangat pulak kalau nak compress-kan pengalaman sehari ke dalam satu post. Sebab memang aku suka taip briefly (kononnnnnnnnnnye lah kan merepek je lebih hahaha) Anyway, stay tuned for part #2. 

P/s; Gambar tengah cari, aku tak banyak gambar sangat sbb ye la kita gi nak enjoy bukan nak bergambar sangat kan #eh #okbai. Nanti aku ambil la gambar member-member tepek kat sini bagi femes sikit kan? Haha

Hello im back!

Bismillah. Assalamualaikum & hai.

Selepas dua tahun blog ni bersawang tak ter-update, tak dijenguk dsb. Ekceli selalu gak masa-masa random aku bukak jenguk tapi sekadar itu je lah. Usha dashboard lepastu tutup. Hiks. Semangat nak menaip tu takde gais. And i know ppl rarely blogging these days. But, disebabkan cuti sem yang sangat bosan ni aku rasa mcm nk start new. Kesah lak ada orang baca ke tak kann? Just wanna rant things yang aku takboleh nak share directly to ppl. Because i am bad in telling stories or wtv. *Introvert be like #eh #yeke

Haha. So, maybe aku akan share benda-benda yang aku dah buat/lalui for this past two years. Some sort of throwback. Sebab aku tak update masa hari kejadian kan. So, kita buat trobek je la harhar. And besides, maybe aku nak cari challenge apa-apa kut supaya aku ada topik untuk update? Sebelum mood aku hilang semula dan blog ni akan terkubur semula seperti biasa hahaahahah. 

Ok so, disebabkan ini post pertama (selepas dua tahun) dan juga untuk url baru. Here we goes some facts, i got the template from ig; 


This is just for fun gais. Doakan aku ada kerajinan nak cerita pasal Family Day JPP @ ESCAPE Adventure & Water Park okay! See ya. Salam dah habis tahun tiga semester lima, xo.

Ohya. Aku nak renovate blog juga nanti. Tapi tu lah kena bagi ada mood menulis bebanyak dulu baru boleh nak make over blog. Kannnnnn? Haha

09 October 2016

Towards the end of sem I.

Assalamualaikum gais.

So after a so loooooooooooooong time ak tak update. Last time punya entry pasai bulan Ramadhan. Berapa bulan dah tu ;') Nampak tak betapa busynye akuuuu study. *Kohkoh study ke? Takdenye. Busy dengan esaimenzz. And kuliah tutorial another aktiviti sampingan bagai. Huhu

Sekarang ni je dah habis semua esaimen untuk sem ni, alhamdulillah. Yang tinggal cuma nak cukupkan jam kuliah ja. Wuwuwuwuwuwuwuwu T.T I hope this sem gonna be fine. Takmau dah ooi jadi macam dulu, serabut habes. So, kelmarin aku pergi hiking dekat Taman Negara Pulau Pinang! #TriptoMonkeyBeach #Pinkster #hiking #sisterhood #bonding hahahahha jadahnya letak hashtag mcm kt insta pulak. Haha nanti la ak share cerita tu kan. 

Well, recently my laptop does not want to accept the charger. Hei ni second charger tau aku beli utk laptop ni. Sbb yg first tu dah punoh sampai charge pun boleh keluarkan api bagai hampir je aku bakarkan bilik DE dulu hahahahahhaahaha. Ok tak, jangan over tehah hahahaha. 

Okay next. Doakan aku dapat pointer 3.5 and above untuk exam kalini gais. Exam aku bulan 11 nanti hm hm. Thankyou gais :") Doa kalian amat aku hargai. Adiosss. Bye

25 June 2016

10 Malam Terakhir--

Assalamualaikum. So ya gais. Kita dah masuk fasa ketiga yakni fasa terakhir bulan ramdhan tahun ni :") Am i right? /check calendar okay already 20 Ramadhan/ Apa khabar iman kita harini? Sihat ke tak? Moga meningkat lah dalam madrasah Ramadhan ini dah moga terus isitiqamah dalam membuat ibadah, in shaa Allah. So, dah nak penghujung Ramadhan ni memang takboleh lari la daripada preparation raya kan? Tayah nak tipu lah kau tak kesah nak balik raya. Aku dekat sini pun dok #countingdays dah. Add on counting duit cukup ke tak nak balik rumah ni hoi :") hahahahhaahahah okay abaikan.

So, back to the topic yeah. Fasa terakhir bulan Ramadhan ni juga dikenali sebagai pembebasan dari api neraka. Jadi, marilah kita sama-sama tingkatkan ibadah di malam-malam terakhir ni. Takpun, cuba istiqamah dalam perkara kebaikan yang kita buat. Sikit-sikit pun tkde hal bro janji istiqamah. Istiqamah tu maksudnya berterusan. Bukannya sebab bulan Ramadhan je buat baik then habis Ramadhan jadi jahat balik, eh? Okay tak tak contoh je tu. Jangan sentap hokeii? 

Anyway, sama-sama la berubah kan. Sampai bila kau nak stick pada satu keadaan tu je. Berubah. Biar lah orang nak cakap bajet baik ke ape ke. Aku ingat satu pesan senior ni masa ada program kat surau, "Kalau orang cakap kat kau bajet baik ke, cakap balik dekat dia, okay la dari kau sampai bila nak bajet jahat?" Uhuks. Tak deep lagi taktahu lah. Ingat, mati tu bila-bila je. Maybe sesaat lagi ke sejam lagi ke semiggu lagi ke ape ke. Kau boleh make sure ke malam ni kau tidur kan, then kau memang seyakin dan pastinya kau bangun hidup bernafas lagi esok pagi. Berani ke cakap camtu? 

So, nak tegaskan kat sini. Sama-sama lah kita tanamkan niat nak berubah tu. Slow-slow takpe janji usaha tu ada. In shaa Allah, hidayah tu milik Allah. Minta doa pada Dia. 

Aku bukan nak bagi tazkirah ke ape bajet ustazah ke kat sini, cuma suatu bebelan untuk diri sendiri jugak ni. Nak baca, nak komen, boleh je :) Moga ada manfaat lah disebalik penulisan entry aku di pagi-pagi sabtu yang indah ni. 

Refleks diri sendiri, pilih kita nak jadi yang mana. Pilihan di tangan anda. 


INGAT! Ini mungkin Ramadhan yang terakhir untuk kita. Kita taktahu tahun depan sempat lagi ke kita jumpa dengan bulan Ramadhan ni. So, jangan la sia-siakan masa kita dalam bulan ni. Rebutlah peluang dan ganjaran yang diberi dalam bulan yang mulia ni. :)

**ADD ON: Untuk gegirls di luar sana yang tkboleh puasa sebab uzur *ehem. Jangan risau, kalau tkboleh puasa solat and so on,ibadah tu bukannya terhad kpd solat puasa apa semua tu je, okay? Banyak lagi benda lain yang kau boleh buat dalam bulan puasa ni. So it depends on yourself samada kau rajin atau tak je nak buat amal jariah. 



**credit gambar: Google

15 June 2016

Midi Skirts; the new fashion trending


Assalamualaikum dan hai. Okay aku dah balik kampus dan dapat meneruskan pengajian. Alhamdulillah. Okay taknak cakap pasal tu. tengok tajuk kat atas tu? Ha, harini ceq nak promote satu fesyen terbaru dari laman web ZALORA. /Well tajuk dekat atas sebut pasai skirt kan, so let's have a look through it first/ 

Jeng .. jeng.. jeng.. 


Mempersembahkan~~~





Lawa kan? *O* Ohmyyyy! Well this midi skirts are so in right now. I could see everyone is wearing them and I think we all are just so in love with midi skirts! Skirt ni selalunya perfect dengan semua orang kan tak kisah la bentuk badan korang macam mana pun. Dahla sesuai dengan semua orang, then korang bolehla bajet-bajet ayu giteww. Nampak la ciri-ciri feminin kat situ. Hihi taknak ke? ^^,

Besides, midi skirts are just versatile as you can wear them with almost anything. Korang boleh pakai pergi kelas, vacation ke outing ke kenduri, senang cerita memang suite for any occasions lah! Melainkan kau nak pergi bersukan, takboleh la kan? Ciri tambahan seterusnya, skirt ni adalah sangat selesa dipakai sepanjang hari dan sangat amatlah sesuai untuk cuaca kat Malaysia ni, iklim khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun ni. 

Some women even say that they feel safe when they are wearing midis, sounds rather silly but I do think so too! 

So, dalam entry kalini I am going to show you some of the best stylish midi skirts outfits (click << to find out more!)  which have the combination of brilliant ideas with interesting mix-and-match of colours. Scroll down a bit more and you might find outfit combinations that are ideal for you.  Pick a style that catch your attention and then korang boleh mix-and-match dengan baju sedia ada kat dalam almari bilik korang tu. It sounds awesome right? 



As you can see in the first picture, you can try to pair a black long- sleeve top with a pleated, light fabric midi skirt.
·      


 For those yang berani and suka pakai baju yang like a lil bit blocking then you should try this fuchsia pleated midi would look lovely with an indigo shirt.



 
       The V-neck white blouse seems ideal to be tucked in a white A-line midi in floral print.




·         The V-neck white blouse seems ideal to be tucked in a white A-line midi in floral print.
·         The polka dots midi skirt would make your whole outfit so on point!

And for sure lah korang akan jadi lagi lebih awesome bila korang pakai midi skirts ni! So, what are you waiting for? Visit website ZALORA and grab one right now!


06 June 2016

Random Talk #1

Assalamualaikum and hello.

I just can't sleep. /maybe because i've been sleep for hrs back then lol kantoi ah/ Okay. Or maybe semangat bulan Ramadhan tu kan? Hek eh. Iye sangatlah. Bukan taknak letak title pasai ramadhan tp rasa mcm nak membebel random things so tak kena ah mau letak specific tajuk kenn. Haha

Soooooooo, esok puasa. I love it because tahun ni first puasa dekat rumah lagi oyeay sama macam tahun lepas jugak ikiki. And apelagi eh /hm tak ekceli tadi masa nak buat post ni banyak je idinggal lagi tujuh hari. Counting.... LOL

Tadi ada la bebudak kelas acah plan nak buat ifthor batch. Okay bincang kat group kelas dan ideanya untuk satu batch. Kau raser? Itu la bila ada ketua batch yang berdedikasi lagi mengambil berat lagi ape lagi eh hahaha and ketua batch tu budak kelas kau hohoho. Takpe la korang discuss la cemana pun aku ada sampai sabtu je ahad dah balik maktab okay. Hope this so ifthor-reunion-batch ni menjadilah and aku boleh pergi, in shaa Allah, aamiin C;

Okay dah ingat apa aku nk merepek kat sini. I have been discovering something about myself /nothing to impress pun saja nak bercerita well the title is 'Random Talk' right/ aku suka something yang berwarna blue black or something that been made from jeans /acah je takde la semua jeans/ haha. Ok to make it simple, something that related to warna yang menampakkanya macam seluar jeans. I don't know why. Just have some kind of obsession with it. Sebenarnya dah lama suka benda-benda yang nampak cmtu tp baru-baru ni je ada peluang nak kumpul barang like that. Because i've been looking through my stuff and spotted that so much blue-black-jeans colour. Haha aduhmak ni lah bila dah obsessed penuh semua benda nak matching. Lewl

So, looking at this blog. It's in blue colour too. Takleh berpisah gamaknya. Just in love <3 haha


Ada blogger puji header aku lawa dekat shoutbox. Oh sis terharuu~~~ Haha okay ni header buat sendiri okeyh sebab nak bagi sama dengan nama blog tu. Mood rajin i datang sebab tu lah boleh buat header. Tapi rajinnye sekejap je. And header tu simple je weh. Beginner. Takde photoshop. Buat guna apa yang ada je. Uhuks. 

And what else. Well still thinking a suitable topic to be written here. Bila aku ada masa dan ada idea yang sesuai, aku sambung update blog nanti. /Bila lah masanya akan tiba eh~~ uhukss/

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAKSELAMAT BERPUASA GAIS~

03 June 2016

It's sem break gais ;~;

Anyeongnyongnyong assalamualaikum gaissss. Maafkan sis yang over eksaited ni. Sem break dia dah start /kejap nk kira/..........
okay dah lima hari pun. And ada lagi kejap sebelas hari kut? Haha whatz sem break dua minggu je? Yeah it's us, there. I know takde sape nak baca pun but WHO CARES right? Biarlah jari ni terus menerus nak menaip hewhew. 
So what's happening around me recently. Lot of things happen. Some of it do killing me back then and still now. Sorry for my broken English. Sis bukan budak tesl so tak reti la nak speaking berhabuk omo. Okay so. 

What's killing me inside? It's when i found out something bout someone that i used to care and foolishly i still care bout him. Okay stop it. He doesn't worth it anymore, aite? Hm. Cuti ni, aku buat kuih suci dalam debu a.k.a popia nestum. Kuih yang paling mudah nak buat di dunia ((for me lah, ko aku taktahu huhuhuh)) So dapat lah dua balang. Tapi yeah itu bukan point dia ahahahaha. Saja nak mengisi masa lapang dan mengasah bakat memasak ni. Iyelah duduk ipg mana boleh masak doh melainkan megi dengan air panas. LOL. Dan aku bertekad untuk tidak makan megi sangat. Sebab last semester I PPISMP aku kau taktahu acane life aku tetengah malam tengah buat esaimen boleh cakap lapar then turun pergi amek air panas dekat water cooler pastu buat megi makan ramairamai. Gila kan? Ada satu waktu tu selang sehari weh aku hadap megi tu. Seyes talk. So crazy. That's why tahun ni aku tek beli pun megi except for that final week aku tetiba terlapar terngidam so makan lah jugak ikiki ;3

Ok, stop with that megi story.

Cuti ni buat ape? Ada plan. Half. Sekerat je planning. And it's not working i think. So i'm here mereputz. Ulang tengok harry potter the series. Trying to watch The Mermaid but yeah internet is not so strong so just get to watch it for 40 minutes. Gonna try it later. And right now, tengah mencuba sedaya upaya nak ulang tengok Boys Over Flower. Haha #sadlife #mereput #cutitinggaisembilanharilagije 

Abpout the header. Tu aku ambil ihsan from a blog. Nanti aku tukar la /kalau rajin/ hahahaahahaha nak buat entry ni pun postponed dekat dua hari yknow. Entah tetiba tengah semangat menaip boleh takde idea pastu save kat draft then yeah let it be sampai ada idea balik. /hohoho/ 

Sorry for this stupid entry i guess. I just don't know what to write about. Ada banyak je benda jadi tapi tak sempat nak taip sebab kekangan masa and internet. /you have to know aku duduk bilik hujung koridor okay so wifi tu bolehla tahan em takpe sis belajar bersyukur pls, huks/ 

Takpe. Benda yang aku nak tekankan kat sini adalah sekarang tengah cuti sem. Btw, for those matrik-leavers, harini keluar result en? Congrates lah to all of you! :) Bersyukur tak kira berapa pointer yang korang dapat eh. Itu semua rezeki yang Allah dah tetapkan untuk kita semua. Tak semestinya pointer korang teruk korang takdapat apa yang korang nak. Lagipun, Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita nak. Allah knows what's the best untuk hambaNya. Save that in mind okay? C;

Gtg i think. Actually have a lot in minds that i want to spill out here but think it might be not necessary for do that now. Maybe later, maybe. In shaa Allah. 

/entry takde gambar lah kalini/ OK bye!

21 May 2016

Last Paper Syndrome.

Assalamualaikum. Okay so sepatutnya aku tengah study bio sekarang. Aku on laptop ni sbb nk guna GoogleTranslate je and aku taktahu cemane boleh tersesat dekat blogger. Siap boleh pergi baca blog orang lain lagi. Uhuks. /help me gais/

So, bercakap pasal Last paper syndrome. Aku tengah struggling in a battle called final exam. Dan aku juga tengah berusaha sedaya upaya untuk survive di harihari terakhir di maktab ni. Kohkoh. Terakhir lah sangat. Cuti dua minggu jek pstu kena mai balik hm hm hm pehal lah cuti dua minggu je? Cuti sem kut. Dua minggu. Then kau masuk degree? Whatz. Orang lain cuti berbulan bulan ko tahu tak? /kkk jangan samakan org lain dengan kau fthah/ huhuhuhu. 

Okay. Last paper ni subjek bio. #biodihatiku ni memang favorite subject ah tapi em banyak gile nk kena study. Malas siaaaaaa nak study. Halamak aii. Exam isnin ni okay? Then freedom. Yeay! Haha tak. Tak free langsung. Kena in charge perhimpunan hari guru pulak jumaat ni. And yknow all the persediaan rehearsal stuff pe semua tu. Rosak lah kebahagiaan habis exam aku dengan mendalah ni. Haih sabaq je la kan? :") 

Lagi, apalagi aku nak cerita eh? I'm gonna end my ppismp ife soon. Next sem, well bout three weeks lagi lah en nk masuk sem baru. Nak dapat junior. Peh. Malas. Nak jadi junior forever, boleh tak? Hahahaha. Nanti semak ah kampus ni masuk reramai manusia. Heh. 

Anyway, for those who reading /ada ke?/ tolong doakan kejayaan saya untuk final exam yang tinggal sehari tu lagi eh. Doakan, semoga nurfatihah boleh jawab semua soalan exam bio dengan betul, tepat, tenang dan bahagia. Eh? :3 Hahahaha. Kbai. 

//Some sharing of the day :D

25 January 2016

Another hectic week.

Kah. Tajuk nak hectic je semua kan? Assalamualaikum.

Fuhh agak lama tak hapdate. Cam biasa sibuk tidur lol sibuk buat yg tu yg ni tutorial latihan nota stuff ni pun belambak lagi benda tk siap. Kohkoh. Research utk pembentangan bio pasai mikrobiologi dan sumbangan kpd manusia bagai. Walawehhh. Sakit urat tengkuk ak mengadap laptop dr petang td. Dua tiga menjak ni dk kalut buat presentation subjek PAI. Uhuks sis ilmu tak banyak so kena berguru dulu baru boleh nk siapkan slideshow. Taknak la kang ajaq benda tk betui kt org :')

And, another thing yg buat ak rasa mcm nk muntah sbb mengadap laptop overdose ialah; pilihan raya kampus. Pehal ak jd cmtu? Uhuks. Percaya tak sis masuk bertanding hahahahahahaha lawak la weh sampai harini pun aku masih tak percaya yang aku masuk bertanding hahahahahaahahah kbai. Ok. Saya, Nur Fatihah telah pun mengisi borang lalu menghantarnya sbg calon AMM iaitu Ahli Majlis Mesyuarat. Peh.

Halamak haii. Betul ke ak dh hantar nama ni? *slap face* Kakakakaka dh lepas penamaan calon hari jumaat haritu and i layak bertanding. So skrg well td la, tgh dk kalut buat poster bagai. Tu yg rasa mcm nk patah tengkuk sbb dk hadap laptop lama sgt edit yg nu yg ni. Em. Tak aim utk menang sgt pun. Nak merasa je pengalaman masuk tu. Tapi part yg plg mendebarkan ialah, pidato umum hari rabu minggu depan. Uhuks. Risau habis ceta dh ni.

Udah le tu, hari rabu tu start dengan presentation PAI. Then ptg ad sesi pendaftaran brg elektrik utk blok pulak. Malam tu pidato umum. Nk cakap depan org ramai baqhang. Tp takdela ramai sgt tp em em tahla. We will see how it's going to happen this wednesday yea. May Allah ease everything. Dan, saya perlu doa kalian semua yg membaca utk menambahkan keyakinan diri utk berucap. *Sobs U.U

Lastly, #vote4fatihah. Hahahahahah over je la eh. "SAYA MEDIUM SUARA ANDA" Nanti lepas dpt approval utk poster ak hapdate sini eh poster tu. Ikiki. Genite.. 

10 January 2016

First hectic week.

Assalamualaikum. Dah seminggu masuk tahun 2k16 ni.
My life as a student starts again! Haha Baru seminggu mai, penat dah wei. Dengan macam macam benda nak buat. Subjek sem dua pun taff tk mcm dulu, uhuks. Content untuk subjek bio kim fizik boleh lah tahan kan. Aku pun  jarang on laptop ni. Hihi. Banyak benda cari guna phone je skrg ni. Ni yg terpaksa onl sebab nk download nota lect bagi. /kehkeh/ OK apalagi eh nak cakap. Thanks fr blogger yang sudi singgah blog yang tk seberapa ni. In sha Allah aku akan try cari waktu nak menjenguk blog korang semua. Skrg ni busy tak bertempat. Uhuks aku sendiri taktau kat mana yang aku busy nya. Hadui. 

Dengan aku jadi coordinator subjek bio #lagi. Sejak sem lepas, muka ni ja nak kena jaga subjek biologi tu. Hahaha reda jelaa. Diorang taknak bagi aku subjek lain. Uhuks. So far ak still boleh nak catch up dengan tajuk2 yang diajar. Just subjek generik tu, entah apa apa ja aku pun taktahu. *and malas nak buat revision /muahahah insaf la weh/ 

Ohya, lagi satu sebab aku tk online ialah kerana internet takde. Nak harapkan internet MagicSim aku yang pukul satu pagi tu? Mmg tk la ak nk online weh. Esok pagi nak pergi kelas kat blok baru yang jauhnya auwwwwww berpeluh dulu baru nak sampai. Sebbaik ada aircond dekat blok baru tu kalau tak, hahahahahaha. 

And now, demam Dilwale kan? Dari haritu nak tengok tak boleh pun. Takde siapa nak teman pergi cinema. Huhuhu. Tapi aku terjumpa link dekat Google td. /tengah download/ sbb skrg ni alhamdulillah internet empat bar kut. Fuyyoh. /sempat lagi kan even sibuk sibuk ni/ Muehehe.

Ok tu je kut nka cerita. Have a nice weekend! :D Bye

02 January 2016

Obsession.

Assalamualaikum. Salam tahun baru. Hehe.
Takpe ke kalau aku nak mula tahun baru dengan tajuk obsession ni? Haha sebab takde benda menarik pun jadi di awal tahun baru ni dalam hidup aku. Cuma selepas lima hari cukup lapanbelas tuptup dah jadi unofficially nineteen. /kau hado?/ hahaha

This is my last year of been teen. Peh taksangka dah besaqpanjang aku ni. Huhuhu. Okay back to the topic.


obsessionəbˈsɛʃ(ə)n/nounnoun: obsessionthe state of being obsessed with someone or something."she cared for him with a devotion bordering on obsession"
1.keadaan keterlaluan

Nah amekauu aku tolong pergi google translatekan bagai. Harhar. Obses kat sini bermaksud minat yang melampau dekat benda ke manusia ke haiwan ke ape ke. Tapi kalau dekat manusia, it's sound creepy kan? Kau nak ke tetiba ada orang cakap dia obses dekat kau? Bapak seram. Haha. 

And i'm just going to share bout my obsessions on some things.


1/ Buku novel komik dan seangkatan dengannya.

Aku memang suka buku since kecik lagi. Mak aku cakap dulu kecikkecik kalau pergi kedai aku mesti nak beli buku sebab nak conteng. And kalau takdapat aku akan meraung melalak satu kedai dengaq maigad so childish. Bila dah besaq ni, novel la bruhh. Aku kenal novel masa sekolah rendah lagi tp tu novel budakbudak la like novel Ain Maisarah, Farihah Iskandar and so on. Novel yang tebaltebal tu aku baca sebab influenced by kawan masa form2. Duh rosak hidup aku lepas tu. Sebab kerja nak baca novel ja. Haha dem. Masa sekolah dulu benda paling best bila dapat pinjam novel kawan. Nak beli sendiri mak takbagi. Uhuks. Sampai form3 kut baru aku boleh beli sendiri. And the rest is history. Kahkah bila dah boleh beli sendiri. Memang banyak ah novel aku simpan la ni. The most favorite genre is thriller by Ramlee Awang Murshid. Siapa suka baca, angkat tangan sikit? *sep sikit kita geng, hihi. Second, aku kumpul novel Hlovate ;3 Tapi novel lain tu aku beli like tengok cover tengok tajuk baca sinopsis, beli lah kalau ada duit.

Komik; yang aku tengah kumpul skrg ialah Lawak Kampus. Ni pengaruh anak sedara + klasmet lelaki aku yang bawak pergi sekolah then aku baca then addicted. Jenuh kan? Senang sangat addicted dengan buku ni. 

Apart from that /wah dah mcm nk bt esei bi/ aku baca Majalah GenQ. Tapi dekat rumah jela. Dekat asrama nak buat koleksi jawabnya nak letak mana uwuwuuw bilik kecik je T.T

Memang aku palingpaling suka buku lah! Nak bagi hadiah dekat aku, bagi la novel ke komik ke i will appreciate it the most! Haha. Aku ada jugak baca buku lain, nak taip satusatu jenuh lah kan. Ni pun, ada wishlist novel aku yg masih belum dapat dibeli sbb cari kt kedai tak jumpa. Sedih. T.T Sapa baca novel The Unsung Hero by Melur Jelita? Aku dok cari sambungan dia The One. Tapi takdak. Hm, balik penang nanti lah kut jumpa. Huhu

2/Kasut

Omaigad. Women and shoes berpisah tiada eh? Tak semua macam tu. And utk kecilkan skop, kasut kat sini bukan heels ke wedges ke boot ke stilleto ke ape eh. Kasut yang aku paling minat ialah SNEAKERS-- Maigad maigad aku kalau nampak je sebarang jenis sneakers semuaa aku fall in love on the spot. Tapi nak beli tu mmg tak la. Tengok je mampu. First sneaker yang aku dapat beli awal tahun lepas tu pun sebab nak pergi driving class. Kalau tak mak aku tk bagi beli sbb dia ckp nak pakai kasut tu p mana? Hewhew. Aku memang suka kasut bertutup. Dulu flat tapi skrg dh tk kenan sangat sbb flat senang koyak + aku ni bukannya jenis lemahlembut nak pakai flat sangat. So, sneakers is my favorite shoes. 


See. Lawa kan? Mana lah aku tak sukaaa! /er tapi tak semua ada taste yg sama, bg aku cmni dah lawa la hehe/ *gambaq from Google je.

3/ Botol air

Kay. This type of obsession ni aku baru sedaq lately. Aku mmg takleh tengok botol air lawalawa ada corak bagai. Duh nak beli. Tapi aku bukannya jenis nak bawak ayaq sangat. Kuikui. Dekat rumah pun ada tiga ke empat botol air yang tersimpan kemas dalam almari. Muehehe. Aku beli sebab lawa. Guna sekali dua pastu tak guna dah. Adoi. Ada satu botol air tu besaq gedabak aku beli semata mata nak bawak masa pmr ja lepastu takguna dh. Sebab ap? Sebab besaq sangat. Hahahahaha masa exam pmr tu kan acah acah nak minum ayaq kunun tu beli besaqbesaq. Kunun--

Tu je kut serba sikit obsession aku. Obsession ke ni tapi? Entah main hentam je tajuk tu. Feeling free to share bout yours kat komen ke entry ke. Nanti aku baca. Lulz.

Ok. Nak cakap ni, esok aku dah nak balik Penang. Masuk sem II sis. Pray for me eh? Moga aku terus tabah dan boleh survive. *yukenduit girl. Bye *spread love to everyone <3

Australia's Souvenirs Giveaway By SitiYangMenaip & SalbiahM

Assalamualaikum. Weh ak nampak giveaway ni dekat dashboard tadi so ak nak join. Keh-


Done ikut semua syarat2 nye. And blogger yang bertuah kena tag ialah; om
Kbai. :) Ohya, sesiapa yang nak join boleh click banner tu ek :D 

31 December 2015

Pengakhiran 2015.

Assalamualaikum. Wah mesti semua blogger tengah dah hapdate pasai nak tinggalkan two o one five and welcome 2016~! Normal lah. /aku pun macamtu kehkeh/ Aku tak sempat nak baca blog sorang sorang lagi. Sibuk ya amatt. Sibuk dengan apa taktau lah. 



Nah gambaq ihsan Google. Hihi. So kalau nak cerita pasai kisah 2015 dlm satu post ni mmg tk cukup lah kan? Banyak benda jadi dekat aku. Dari budak sekolah menjadi seorang pelajar yang bakal mmengajar. Eh? Dari budak sekolah yang takpernah duduk asrama except for pergi kem yang just tigahari duamalam je sampailah kena duduk asrama. Peh diri sendiri pun tak sangka sebenaqnya aku boleh ja survive duduk hostel hahaha. Dahla jauh pulak tu. Selang sebuah negeri ekauu. Jauh dahla bagi aku. Kuikui.

Apolagi eh? Hujung tahun ni jugak aku start blogging balik sementara cuti sem. Esok lusa dah masuk sem II ketahuan lah nak update celah mana taktau. Harini, tepat tengah malam td result sem I aku keluaq. So for the first time dapat result guna pointer ni /boleh tahan eksaited gakla nak tau/ Alhamdulillah result tak mengecewakan sangat. Haha. Nasib baik aku check awai jugak kalau tak sampai la ni system dok down lagi. Kesian kat sapa yang tkleh check lg result tu. Hewhew.

Saya, nurfatihah, owner blog yg tk seberapa ni nk minta maaf kalau ada terkasar bahasa dalam entry2 sebelum ni ka kalau ada sesiapa terasa hati ka apa. Sorry banyak2 eh. Apa org ckp, buang yang keruh ambil yang jernih. Lupakan hal semalam. 

Two o one five banyak mengajaq aku untuk jadi lebih dewasa. Moga aku dan semua orang lah akan lebih matang masuk 2016 ni. Dan untuk blogger yang nak ambil spm ke pt3 ke, akak doakan korang berjaya dapat apa yang korang target. And doakan akak dapat 4flat untuk sem II ni. Kihkih. Besides, utk kawankawan seperjuangan yang sepanjang sem ada kuiz ke lab report ke esaimen ke add on final exam, all the best for all of us! Fighting! Allah yuftah 'alaikum.  So, selamat menyambut tahun baru 2016. *ucap awai sikit takpa kot nohh? :D 

p/s; thankyou for those yg sudi follow blog ni *hugs. sat nk p followback eh! Bye.

29 December 2015

Jatuh; bangun semula.

Assalamualaikum dan selamat petang blogger-ians semua.
Tiga hari aku tak online. Peh sibuk bebenau. Hahaha tipu, bukan sibuk pun just malas nak on laptop. Muehehe. /kejap tengah cari topik nak bincang banyak sangat nak taip sampai kena pilih yang betul2 banyak idea nak dicurahkan je/

Okay tak tajuk ni? Keh-

Kenapa aku pilih tajuk ni? Sebab dua hari yang lepas aku baru je terjatuh katil auch, bukan masa tengah tidur eh tapi masa duduk atas tu, terduduk kt penjuru katil sgt then jatuh lah. LOL sakit dia takpayah cerita la tp watlek watpis je aku kan sado. Koh- Btw, jatuh kat sini tak semestinya dalam konteks maksud sebenar jatuh tu kay. Ada banyak maksud 'jatuh' ni. Contohnya, 'terjatuh' dalam pelajaran, terjatuh hati, terjatuh cinta, terjatuh tangga terjatuh dalam kehidupan and banyak lagi lah. 

In life, we do have some time yang mana kita rasa 'down' sbb sesuatu. That is also part of 'terjatuh' dalam kehidupan yknow. As for me, pengalaman aku sendiri untuk 'jatuh' dalam pelajaran ialah masa aku form2. The first time i got B for Math. Maybe bagi korang it was like nothing kan. Tapi bg aku yang boleh la dikatakan acahacah minat math dari darjah satu ni, result tu boleh buat gua terduduk tergamam lepastu nak jerit sampai dengaq habes satu blok. Kah over. Idokle tu baru math form2 kau masa tu dah takboleh nak hadam. Tak jumpa encik Addmath form4 lagi. Kahkah yang tu lagi lah rasa nak lari dari kelas kau tahu. 

Okay back to zaman form2 aku. Aku dapat result camtu atas kesalahan diri sendiri. Masa tu lah galak nak bercinta, upps 'terjatuh' cinta. Cinta anak monyet bak kata cikgu math aku sendiri. Then tu result tu kifarah dosa lah. Em *speechless sentap mengenangkan dosa lampau. Huhuhu. Okay back. Sebab result aku yang cmtu aku mula benci takfaham subjek math. Bawak sampai ke menengah atas. Habislah sebab kalau math pun takleh skor kau agak Addmath nak menolong ke? Keh-

So masa form4 result math aku masih teruk. Adddmath takpayah cakap. Normal ah kalau failed. Sampai la final exam form4 aku tekad study sungguhsungguh sbjek math sbb aku rasa down gilababi kut tengok result aku banding dengan kawankawan aku. Pehal aku takboleh nak skor padahal orang lain boleh en? Masa tu lah aku minta kawan aku yg terrer math ajaq aku petangpetang :") And finally i got my A's back for paper math utk that year. Huhu. Senanye nak cakap, senang je math tu. Janganla dk buat perangai huduh nak benci math lepastu tiap kali waktu math kau main /aduh aku tak buat waktu math tapi waktu addmath hahahaaahahha/

Jatuh ni ada banyak jenis jatuh kan. Yang aku cerita ni salahsatu yang pernah aku alami dalam hidup aku sendiri. Hidup orang lain, mana lah aku nak tahu kan? Anyway, jangan jadikan alasan kau jatuh tu untuk kau terus gagal forever.

Kesimpulan kat sini. There is time bilamana kau down ke jatuh sebab apapun, kau kena bangun semula! Jangan nak jatuh forever, jangan jadi loser okay? Kalau tak usaha memang apapun kita takkan dapat. Serious talk. Bangkit dengan usaha diri sendiri. Jangan nak pikir ada orang akan datang hulur tangan ajak kau bangun. Kalau ada, kau bertuah. Kalau tak? Kau nak tunggu sampai bila weh? Sebab tu kena bangun sendiri. 

That's all. Peace. Assalamualaikum! 

p/s: sorry sebab entry aku selalu panjang berjela huhuhu T.T aku bila dah start menulis peh kalau boleh takleh stop. Okbai.

26 December 2015

FIXI GIVEAWAY BY YAYA

Assalamualaikum dan selamat malam.

Sedang aku asyik berblog-jogging tadi /istilah baru/ keh. Aku terjumpa giveaway ni. So aku agak teruja dengan giveaway ni sebab hadiah dia novel Fixi hokay? #FOREVERNOVELLOVERS

OK taknak cakap banyak kang satgi tak sempat pulak nak update blog /hewhew/


Klik banner yang ohsem tu kalau korang nak join jugak. Syarat dia pun mudah je bruhh. Jadi, here blogger yang ohsem lagi lawa dan cantik yang kena tag dengan aku. Hehe ;3


Blogger yang aku tak tag tapi nak join, jangan segan silu korang semua dipersilakan untuk join jugak giveaway ni. /wah dah mcm promoter pulak/ Okay done. Bye.

Kawan--

Bismillah.

Dekat sehari semalam jugaklah aku dok terpikir kan nak membincangkan menyembang pasai tajuk ni kat blog aku. Ehem.

Naa kenapa aku pilih tajuk ni? Sebab saja saja. Terlihat gambar kawan kawan dekat dp wasep tkpun dekat wechat, kadang aku terdiam and terkenangkan kisah kami. /er drama apkah ini?/ haha Okay tak, ceni kan aku nampak gambaq depa and i was like "is this my friend that i used to know?" Sebab depa semua dah membesar dengan jayanya /lol/ meningkat dewasa dengan cantik dan segaknya sampai kelihatan flawless semuanya /hiperbola detected/ keh-

Tapi seyes ah tengok gambaq depa macam hm trpikir cena dulu aku boleh kawan ngan depa /sebab satu sekolah lah ngok/ er sebab la ni bila tengok gambaq depa /banyak kali aku ulang ayat ni/ aku macam peh tak caya cena aku boleh kawan dengan depa, ad yang kawanbaik taksangga ada yang just teguq cmtu ja tp still boleh masuk lah kan. Peh-

Ada orang cakap kalau nak tau sapa kawan kita, tengok siapa yang kita contact lagi selepas spm. Hm aku dah alami zaman selepas spm ni dan aku akui banyak yang boleh cakap lost contact. Entahlah even dengan perkembangan media sosial semasa yang mudah dan efisien ni tetap boleh lost contact. Bukan lost contact dlm erti sebenarnya. Dia ceni contact tu dok ada ja dalam phone cuma takda keberanian nk teguq macam dulu, macam masa duduk sekelas dulu. Yelah skrg semua orang dah bertebaran di muka bumi Allah yang luas ni. Yang mana aku sendiri taktau depa sambung course apa so dia jadi mcm nk hntaq chat stgi kut kacau org study ka ada kelas ka ap ka. Aku pun ada komitmen dengan kuliah aku jugak. That's how me lost connection with my friend. Ada lah dua tiga yang tau perkembangan semasa tu pun sebab depa aktif kat wechat fesbuk wasep. Yang tak aktif tu em krik krik senyap sunyi sampai kesudah taktau apa. Sedih kan? /mohon jangan tiru perangai ini/

Then aku nak bercerita tentang kawan ni. Ada yang rapat masa sekolah rendah, even my first time BFF, la ni jumpa pun macam "hai, ok sihat? bye" hah- Seyes nak oi. Bukan senang nak kekalkan suatu hubungan persahabatan tu. Sebab salah faham yang kecik pun satu persahabatan tu boleh musnah. Aku dah lalui sendiri. Kawan rapat masa sekolah rendah bila masuk sekolah menengah *smthg happens* terus tak bercakap sampai skrg kalau cakap pun  mcm soooo awkward yknow. Sedih tu takpayah cakap la, dia lah kawan mengaji dia lah kawan pi kelas tambahan petangpetang dia lah kawan yang dok mai lepak rumah aku waktu weekend, end up jadi kawan se-batch yang macam kau ada ke takde ke tak penting pun. Ada kawan sekolah rendah yang mana bila masuk sekolah menengah tak sama dengan kita takpun pi sekolah asrama. Allahu, Tuhan ja tau betapa rindunya nak lepak sembang macam dulu tapi hm payah dah nak jumpa kan sekarang? Honestly zaman sekolah rendah aku banyak benda yang membahagiakan hidup aku waktu tu :")

Lepastu ada kawankawan yang kenai kut fesbuk twitter blog bagai tapi takpernah jumpa, tp boleh jadi rapat sangat waktu tu tapi bila lamalama yeah kalau tak usaha nak kekalkan friendship sooner or later dia akan 'mati'. Skrg masih nampak depa kat laman sosial cuma tu lah perasaan segan tu dah menebal dalm diri aku, taktahu nak mula chat cemana balik and the most core reason is takut mengganggu diorang lah kan. Sebab skrg life masingmasing dah brbeza, tk mcm dulu masa sekolah. Hu-

Ada orang cakap lagi, true friend is not about someone that we know the longest but it's about ppl that comes and never leaves. Yeah ada betui jugak kan. Cuma berapa lama someone tu akan 'comes and never leaves' dari hidup kita? Mcm dulu, certain friendship bertahan waktu zaman sekolah ja. Bila masuk ipt ceni dh takda. And now, ada kawan baru dekat ipt *contohnya* and sampai bila nak bertahan? Tak semestinya selama-lamanya. Kena sedaq benda tu. Contohnya; skrg hg duduk dkt some place and get some friends and it will remain as friends selagi mana hg duduk di situ. Bila dah blah dari situ? Hm /tepuk dada tanya hati persahabatan ni atas niat apa/

Mcm pengalaman aku skrg, aku ada la duatiga kerat lagi kawan masa sekolah menengah yang masih stick together with me. Alhamdulillah, in sha Allah sahabat hingga syurga. Aku kalau boleh nak buat kawan dengan semua orang. Aku nak persahabatan tu last forever yknow. Cuma tu lah setiap orang hadir dalam hidup kita adalah hikmah yang Allah nak bagi kita rasa. Kadang, walau tak pernah cakap ataupun contact dah pun kalau masing-masing sedar kewujudan sahabat tu, doa lah. Sahabat yang baik akan sentiasa mendoakan kebaikan kepada sahabatnya walau tak berjumpa.

Aku sangat berterima kasih kepada semua orang yang pernah hadir dalam hidup aku sebagai kawan rakan dan sahabat aku. Hampa banyak ajaq aku macam-macam. Uhibbukum fillah abadan abada. Jazakumullahu khairan sahabat! 

Last but not least, quote dari aku sendiri.
Kawan tu takperlu contact harihari asalkan nanti jemput kenduri. Eh? Haha

Btw korang nak tahu tak definisi kawan dalam term aku sendiri? Kawan tu orang yang kau nak annoying-kan dia bila kau rasa annoying. So carilah kawan yang boleh di-annoying-kan. Muahaha xD /gelak cam raksasa dalam cite ultraman/ 


p/s: harini birthday tuan blog ni korang taknak wish ke? Hiks. Bye. :*

25 December 2015

9 Soalan from Sarah lalala.

Assalamualaikum.
Tajuk nak bahasa rojak je kan? Rosak bahasa dibuatnya kalau masuk blog ni. /hewhew/ Okay so aku perati lama dah sis adik boleh kita panggil awak adik tak? /usha blog dia kejap, okay boleh panggil adik sebab baru nak spm kan?/ Aku memang suka menjawab soalan-soalan cenggini sebab aku taktahu nak update apa sangat. Lagipun aku agak takde masa nak update, sehari sekali je mampu. I jeles tau dengan orang yang boleh hapdate blog sejam sekali ni /lol ade ke?/ And satu lagi ayat dia "*maaplaa ramai sangat, saje nak kenal korang." Allahu, touching sangat kayy. Aku pun taktahu part mana yang taching.  Keh-




Okay proceed.


1. Nama panggilan dalam blog. 
2.Currently studying or working? Kat mana? 
3. Paling minat dalam bidang apa 
4. Suka baca buku/novel genre apa? 
5. Paling selalu bukak blog pukul berapa dan hari apa? 
6. Describe yourself personalities. 
7. Dah berapa lama/tahun berblogging? 
8. Describe blog 'sarahlalala' dengan ownernya sekali. [sokayy, i want a sincerly from yur heart :)] 
9. Umur tahun 2015?
Bismillah.

Nama panggilan ni cane? Aku ni jenis payah sikit nak faham soalan so kalau tak menjawab dengan skema jawapan yang dikehendaki tu minta maaf lah ye. Nama panggilan, hm hm hmmmm fatihah kut. Selalu aku bahasakan diri aku , "aku" je. /sangat tak menjawab soalan/

Belajar dekat @sekolah ipgkpp. Cheh jawapan cam ape je. Sekolah sangat hahaha. But yeah i'm in a "school" lol. 

Minat bidang ape ni , ni bidang ape ni? Sebidang tanah ke? /k lawak hambar takjadi/ Bidang pelajaran eh? Currently in science stream. Stuck kat bidang ni for forever kut. HAHA. Minat bidang penulisan teringin nak jadi penulis tau sebab tu buat blog. Walaupun takboleh nak jadi penulis yang boleh terbitkan buku ke ape, boleh tulis blog pun dah rasa puas hati yang amat sangat. Hihi

Segala jenis genre boleh dibaca. Sebab hobi saya membaca. Tapi paling suka kalau dapat novel thriller kau! All time favorite. Tambahtambah lagi kalau novel Ramlee Awang Murshid. :D

Pukul berapa dan hari apa? Tak tentu. Sekarang ni boleh la tiaptiap hari buka blog nanti dah masuk sem dua kelaut ah. Harhar. Selalunya dalam tengahari ke petang camtu lah kut.

Describe myself? Macam maknenek kut sebab suka membebel sorangsorang dekat orang dekat blog dekat memana tempat yang boleh lah. Ekceli jenis yang takbanyak cakap sangat sebab taktahu nak cakap apa and sometimes "tak boleh nak masuk" dengan orang sangat. Akan banyak cakap bila dah ngam dengan orang. Apelagi eh. Tu je kut taktahu nak describe panjangpanjang. Ohye last but not least, seorang yang kuat makan. Haha

/Aku terskip satu soalan lol/
Okay aku berblogging since 2011. Tapi berhenti kejap masa 2013-2015. Ni baru aktif balik. Hihi

Describe blog and the owner. Blog awak cantik, kemas, simple, adorable /eh/ Senang nak baca tulisan pun just nice boleh dibaca untuk golongan yang rabun macam saya. /huhu/ Apo laie eh. The owner. Kerana nak menjawab soalan ni saya dah stalk sikit post lama-lama awak. I think you are an adorable person. Tak suka mekap eh? Sama lah kita. Being simple and original is just nice. Takpayah nak kejar dunia sangat /taktahu ada kaitan ke tak lol/ Btw, your name Maisarah just like one of my friend's name. And next year spm right? Gdluck. /org suruh describe aku p bagi ucapan lak err/

Umur tahun ni. Nak specific answer tak? Tujuhbelas tahun sebelas bulan dan duapuluh sembilan hari. Keh-

Terima kasih sebab tag saya. Bye nak taip post lain pulak tu pun kalau rajin lah eh. Lulz.

24 December 2015

Group wasep//

Assalamualaikum dan hai. 

Sejak dua menjak ni aku jarang online blog. Kan kan kan? Last entry aku bila? *check blog* /cheh kemarin ja pun tang mana jarang onlinenya? lulz/Tapi sehari sekali je aku post. Boleh kira jarang lah tu kenn. Sebab aku ni agak malas nak bukak laptop haha. Aku guna sehari sekali je lepastu battery low terus aku simpan diamdiam dalam laci. Sebab aku malas nak charge. Muahaha perangai apekah ini? 

Lepastu tadi aku check shoubox aku, ada blogger yang tag aku suruh jawab soalan, ajak join segmen lah, macam2 la eh. Thanks a lot korang~! *hugs* /lol tetiba sangat/ okay so kelmarin aku try nak letak gambar dekat sidebar tapi takjadi huhu nampak sangat skill coding aku dah hancus. Sedih sangat T.T Takpe aku jumpa je tutorial dia cuma aku nak edit tu failed, bila aku letak gambar je jadi besaq gedabak kat sidebar. Taklawa lah camtu kenn. /mcm la blog ni lawa sangat heh/ 

Okay tak masuk tajuk lagi. Aku sebenarnya failed dalam mencari tajuk yang sesuai untuk diletak setiap kali aku taip entry dalam blog ni. Tajuk tu sekadar selingan je kohkoh. Okay nak cerita lah jugak sikit pasal group wasep. Semua org tahu kan wasep tu ape? 
Wasep = WhatsApp = ws
 Suatu aplikasi perhubungan yang terhangat pada masa kini /lol dah kenapa aku macam nak promote bendalah ni pulak/ yang menjadi kemestian bagi setiap pemilik Smartphone. Keh. Korang rasa group wasep ni bermanfaat ke? Aku rasa half bermanfaat half lagi tak sebab merepek merapu mengaruts meroyan segala bagai. Aku ada dekat enambelas group wasep kau tahu? Okay maybe tak sebanyak korang kut. Tapi bagi aku enambelas tu dah cukup banyak sampai aku rasa nak left je tapi takboleh sebab group tu semua penting tapi kekadang rasa tak penting jugak. /eh/ hahaha sebab tajuk aku "group wasep" kan so aku nak cerita lah pasai "group wasep" aku muahaha. /blog tempat kita bercerita kan/

Group ws sekolah rendah aku ada satu tapi tak aktif pun eh macam nak left je tapi hem biar jela kat situ. Sebab langsung tak aktif weh hambar krik krik macam ape je. Sekolah menengah punya ada empat. Banyak kan? Lepastu add on lagi dua group bestfriend *hiks. Lepastu, masuk aipiji /baca IPG/ keh-- sini lagi banyak namatey. Masuk situ je ada sembilan group wasep. Kohkoh. Group rumets lah, kelas lah, batch lah, geng pmpuan je lah, usrah la, kelas dengan lecturer lah, group mentor-mentee lagi. Korang kira tengok, cukup enambelas kan? :") Hahahaha nama je banyak group tapi aku rileks je sehari ke dua hari tak on wasep tu sebab semua tak aktif pun. Ada lah satu dua aktif, tapi aku tk ambil port sangat. Hewhew. OK habes cerita group wasep.

Harini duapuluh empat disember bersamaan duabelas Rabiulawal. Birthday siapa? Hari lahir junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Belum terlambat kut nak ucap Salam Maulidur Rasul :)

Okay. Adios. Mood nak menaip terlari sekejap sebab anak sedara gua ganggu gua. Hek eh. Bye nak tengok drama Aku Pilih Kamu online kejap. Sebab nak download payah la pulak hem hem kbai. 


23 December 2015

Tagging question #again

Assalamualaikum. Ok pagi tadi aku jenguk shoutbox ada blogger tag aku suh jawab soalan ni. /suh = suruh, maaf lah penyegan sikit nak taip panjangpanjang harhar/ I was tagged by adik ni; neverland
Ok taknak merepek sangat so straight to the point, soalan soalannye ialah;
Favorite blog?
Apa pandangan awak tentang blog sab?
Selalu active blog pukul berapa? 
Ambil aliran/kos apa? 
Describe yourself? 
What the last thing you bought? 
What is your middle name? 
When was the last time you cried? 
Are you in relationship? 
Have you ever been out of the country, if so how many times?
Banyak nau soalan dia tanya. Hahaha tapi disebabkan aku ni sangatlah baik hati + rajin + aku suka menjawab soalan, jadi aku buatlah post ini, yedokk? /macam nak sekeh kepala sendiri guna penyodok sat hewhew/

Ok favorite blog. Sapa eh? Jawab diri sendiri punya blog aci dak. Kahkah xD K joke. Banyak tapi dulu la, la ni tak menyempat dah eh nak jadikan favorite blog. Kohkoh. Antaranya, Maria Elena, Irine Nadia, Cik Epal, Fatin Liyana. Semua ni blogger-femes korang semua mesti kenal kan? Kemain kau nak jadi favorite blog semua femes je. Keh- Tbh, aku dah takda favorite blog bagai la ni semua blogger yang singgah kat chatbox tu aku baca je. ^^~

Pandangan. Heh soalan kbat ni. Bagus dik biasakan diri dengan soalan berunsurkan kbat ni /tetiba sangat/ Blog awak cantik je, comel macam tuan dia, eh (?) haha tersusun sedap mata memandang sistematik lagi apa lagi jawapan cliche akak nak bagi eh. Just nice. Pandai awak edit blog.

Aktif tu. Selalu eh? Waktu yang paling selalu tengahari ke petang macamtu lah. Huhu

Ambil aliran apa. Masa sekolah dulu sains tulen + agama. Ehem, macam mana tu? Haha. Sekarang further study pun masih science stream sebab saya suka subjek bio! #foreverBIOdihatiku. Haha over je kan minah ni?

Describe myself. Peh the ever-hardest question pernah orang tanya dekat aku. Nak describe macam mana eh. Petah menaip di blogger dan seantero alam maya. Tapi pemalu kalau jumpa depan-depan /kakaka pemalu sangat/ ehem kalau dengan orang yang baru first time kenal pastu first time jumpa memang aku diam ah. Tapi kalau dengan kengkawan rapat, then you will see my other side. Keh- lagi, sedang mencuba untuk menjadi someone yang ceria duaplohpat jam plus sentiasa ingin sebarkan positive vibes kepada semua orang. Kemainn~

Last thing you bought ni cane, benda yang special ke berharga ke bermakna ke random things je? Sebab tadi baru je balik dari pergi beli barang so agak banyak lah benda yang dibeli. Tapi kalau last thing yang betulbetul last sekali beli, ink printer ah. Huahua

Middle name ni cemane? Orang yang banyak nama boleh kut ada middle name bagai. Nama aku dua patah je. Em. Fa <-- can be accepted as middle name tak? Lol

Last time aku nangis. Bila eh. Agak lama jugak lah sampai aku tak ingat. Heh. Kejap nak research balik memory dalam otak ni. Hemmm, maybe masa bulan sebelas haritu. Nak tahu sebab apa tak? Taknak tahu pun aku nak cakap jugak. Sebab aku tengok movie; Miracle in Cell No.7 - cita korea. Siapa pernah tengok tak nangis tu tipu lah. Sedih sangat weh. TT-TT

Was in a relay. Past few years ago. 

Out of the country ni, negara la eh? Peh dahsyatnye kalau selalu keluar negara. Dan bestnya kalau boleh ke luar negara. Sebab aku takpernah lagi ke luar negara. Siam pernah kut tah tak ingat masa tu sekolah rendah lagi. Lepastu never. Hu

Done jawab sepuluh soalan! Hurray~! 


/tak lengkaplah entry aku kalau takda gambar. motif? aku buka hard disk then jumpa gambaq depa ni. RINDU/