24 December 2012

Sebab saya takleh follow blog anda.

Assalamualaikum bloggerhearts.

Just a short post, maybe? Harhar . Dulu aku pernah buat dah entry pasai benda ni tapi time tu aku pun taktau punca dia apa. Err nak baca? Klik sini

Okay meh ceq nak cerita pasaipa aku takleh nak follow blog hampa hampa sekalian (tak semua nah, sesetengah ja~) Sebabnya senang ja. Hampa tak letak GADGET FOLLOWER / FOLLOWER BOX / GADGET 'JOIN THIS SITE' tu. Okay ketiga-tiga ni benda yang sama ja. Mesti hampa heran kan, pasepa takleh follow pulak? Apa salah kami. Mungkin begitu di fikiran hampa? Hewhew. Sebab nya aku dah kena follow limit. Haa, ingat Twitter ja ada tweetlimit? Blogger ada follow limit okay? Tak percaya ka? Nak aku tunjuk bukti ka? Sat nak pi screen capture, wait yeah. 

Taraaa~~
-
-
-
-
-

{klik utk tumbesaran. sori tkleh letak gambaq besaq2, blog aku kecik ja}

Okay nampak dah? Tapi mesti hampa heran lagi kan? Sebab yg dkt dashboard ni dia follow guna url lah bukan blog ID mcm button follow. Kan kan kan? (pegi check dashboard anda sekarang!!) Haa ni nak habaq bagi, follow guna url/blog ID tu sama ja -,- Button follow yg ada kat blog hampa tu code dia kena letak blog ID kann? Sebab tu aku tkleh follow guna button follow kiut miut kat blog hampa tu. Ader faham?! *sila angguk* 

Seriously aku teringin nak cari orang yg reka button follow tu. Nak pi bagi tazkirah jap. Pehal pepandai buat entah? I know benda tu nak bagi blog kita ringan kan. Tapi takguna lah buat benda tu kalau orang takleh nk follow blog kita. Ye dakk? La ni kebanyakkan blogger semua nak ikut trend guna button follow tu. Lepastu bila aku tk follow nak marah pulak. (cakap aku bajet lah apa la. Pfft pernah kena ka? Dakk pun =..= muahaha~) <-- drama murahan rekaan minda separa sedar aku -,-

Well. Aku tau bukan aku ja yg mengalami masalah ini. Ada ramai lagi blogger yg mcm ni. Tambah tambah lagi blogger lama mcm aku ni kan. Tengok lah ni aku dah follow dekat lima ratus lebih blog. Memang sahsah lebih drpd apa yg blogger tetapkan. So newbie *yucks ehem new blogger, tlg letak follower widget ni nah? Kalau tidak oldbie old blogger mcm aku ni takleh nk follow. Harap maaf. 
Aku bukan takmau follow, cuma aku takleh nak follow. Tu ja~ 

Kalau blog tu ada follower widget. Confirm aku tekan laju laju okay? Aku baik tau ;-; I follow semua tak kira you sapa. Tapi kadang2 tengok mood broadband ni gak la. Mau nak kena refresh sampai dua tiga kali baru jumpa gadget follower tu mmg aku segan ah nk follow. Sorry again. Mianhe~ Aishiteru follower :* Hahahaha okay bye. 

p/s : Nak letak button follow tu boleh ja sayang oi. Tapi follower widget tu jangan dilupa pulak ea ~

2 comments:

Nik Ainaa said...

samalah. huhu

Nur Fatihah said...

@Nik Ainaa : kan kan kan? sedih T_T